26/03/2017
Maaf ya, kerana agak lama Tim Service Aircond Mughni(TSAM) tidak 'Update' status di page ini, disebabkan kesibukkan...
Namun hari ini kami kongsikan salah satu 'job' minggu ini yang mana masalahnya adalah berkaitan dengan air menitik pada unit 'indoor' yang mana boleh mengakibatkan masalah 'major' pada unit 'aircond' .
Terima kasih kepada 'customer' En. Wahat di Bangi kerana sudi mengambil perkhidmatan TSAM.
Alhamdulillah 'customer' cepat 'alert' tentang air yang telah menitik keluar dari 'indoor' dan telah menghubungi TSAM , kami telah meminta 'customer' tidak meghidupkan 'aircond' sehingga 'service' di jalankan.
Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak kami, mendapati terdapat habuk pada 'fin' yang agak tebal di 'evaporator' dan menyebabkan saluran 'drain water' tersumbat secara tidak langsung air yang tidak mengalir dengan sempurna telah membasahi di 'evaporator'.
Kesannya boleh menyebabkan berlaku kerosakkan(faulty) dan pengaratan(rusty) terhadap kompenan pada 'indoor'. Sekiranya dibiarkan secara berterusan ia boleh menyebabkan 'coil' BOCOR.......
Perkongsian:
==========
✔Pastikan pihak customer yang dihormati mendapatkan 'technician /aircond support' yang 'certified'.
-Ini kerana daripada pemeriksaan yang dilakukan dikebanyakkan pada premis 'customer', TSAM mendapati tekanan gas agak tinggi pada unit 'aircond' yang menyebabkan 'compressor' terpaksa bekerja keras yang akan mengakibatkan 'sustainbility' komponen tersebut akan menjadi lebih pendek dan penggunaan tenaga yang tinggi.
-TSAM mendapati tahap ketebalan habuk pada 'fin' di 'evaporator' agak tebal dan basah(keadaan seperti 1 hingga 2 tahun tidak di service ) sedangkan 'customer' mendakwa unit 'aircond' tidak sampai 1 tahun telah di'service'. Melalui perbualan dengan 'customer' TSAM dimaklumkan 'technician' yang sebelum ini hanya melakukan aktiviti 'top-up' gas dan mencuci unit luar sahaja.
Tip-tip:
=====
✔Pastikan 'service' dilakukan secara berjadual sekurang-kurangnya tidak lebih 6 bulan hingga 1 tahun(berdasarkan kekerapan penggunaan) supaya proses penyejukkan berjalan lancar dan saluran 'drain water' tidak tersumbat.
✔Luangkan masa untuk membersih 'air filter' sekurang-kurangnya 2 minggu atau sebulan sekali berdasarkan kekerapan penggunaan(supaya tempoh 'service' seterusnya lebih lambat).
✔suhu 'idle' untuk siang 22-24 darjah celcius dan malam 27 darjah celcius (set time untuk tempoh tertentu 4-5jam 'off' secara automatik) untuk tujuan penjimatan elektrik.
✔Bila mana suhu perlu disetkan diantara 16-19 darjah celcius bermakna 'service' perlu dilakukan, jika dibiarkan 'aircond' berkeadaan tersebut secara berterusan, lembapan yang tinggi akan disedut keluar dan menyebabkan air akan menitik pada unit indoor sekiranya saluran 'drain water' tersumbat dengan habuk.
✔Jangan biarkan sehingga air mulai menitik keluar dari unit 'indoor', ini kerana apabila ia terjadi kebarangkalian untuk komponen pada unit 'indoor' rosak adalah tinggi(contoh: unit 'indoor' tidak boleh dihidupkan akan melibatkan kos 'replacement' komponen yang tinggi).
Sekiranya memerlukan perkhidmatan boleh wassap seperti berikut:
✔nama
✔contact no
✔jenis rumah
✔Bil hp aircond
✔Masalah yg dialami
Nantikan kehadiran kami di premis anda!
@27
Wassapp: 011-37230262/ 011-14363673
PM FB: Service Aircond Mughni