11/06/2026
Lawatan Strategik Tasblock ke GMI
Tasblock telah mengadakan lawatan ke German-Malaysian Institute (GMI) bagi meneroka peluang kerjasama antara institusi pendidikan dan industri dalam melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan semasa industri.
Perbincangan tertumpu kepada keperluan kepakaran dalam bidang mekatronik, mekanikal, penyelenggaraan mesin, pembangunan mould, SOP, keselamatan serta aspek pengurusan pengeluaran yang berkaitan dengan operasi kilang Tasblock.
Lawatan ini telah disambut oleh CEO GMI, Hj Solihin, bersama Puan Salwani daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan serta dua orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam Manufacturing Management dan Machine Assembly.
Alhamdulillah, sesi perkongsian dan perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam berjalan dengan amat baik dan memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak. Diharapkan hubungan strategik ini dapat diteruskan bagi memanfaatkan kepakaran masing-masing, di samping membuka lebih banyak peluang latihan industri, pembangunan bakat serta peluang pekerjaan kepada para pelajar dalam sektor pembuatan dan pembinaan.