Aircond Service By ShimaMirul Enterprise

Aircond Service By ShimaMirul Enterprise Perlukan bantuan dari kami ? Kami amat berbesar hati jika dapat membantu anda semua.

Mana nak cari kami ye, nak tahu macam mana nak hubungi kami, ini dia kami kongsikan
BOLEH HUBUNGI KAMI DI
�011-32160356/ 0132564390
KAMI BERADA DI SEKITAR :
� KUALA SELANGOR ➡ TANJUNG KARANG ➡ SEKINCHAN ➡ SUNGAI BESAR ➡ SABAK BERNAM
In Sha Allah kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda.

KITARAN PENYEJUKANKitaran penyejukan ini bukan hanya kitaran penyejukan bagi penghawa dingin sahaja malah ia adalah kita...
27/07/2019

KITARAN PENYEJUKAN

Kitaran penyejukan ini bukan hanya kitaran penyejukan bagi penghawa dingin sahaja malah ia adalah kitaran asas yang sama bagi peti ais di rumah kita.

• Evap = singkatan bagi evaporator.
• Comp = singkatan bagi compressor.
• Cond = singkatan bagi Condensor.
• TXV = singkatan bagi metering divices.

Kitaran penyejukan menunjukkan pergerakkan gas bahan pendingin di dalam sistem penghawa dingin kita. Gas yang digunakan bagi sistem penghawa dingin terbaru ialah R410a @ R32 yang lebih mesra alam.

Compressor (pemampat) akan memampatkan wap bahan pendingin bersuhu dan bertekanan rendah menjadi wap yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan dialirkan ke condensor (pemeluwap) melalui discharge line.

Di condensor (pemeluwap), haba akan disingkirkan dan wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi tadi akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan seterusnya dialirkan ke metering device (peranti pemeteran) melalui liquid line.

TXV (Peranti pemeteran) akan mengawal pengaliran cecair bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan rendah dan dihantar ke evaporator (penyejat) melalui evap line.

Di Evaporator (penyejat) haba di dalam bilik akan diserap sehingga cecair wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah dan masuk ke compressor (pemampat) melalui suction line. Proses ini akan berlanjutan selagi unit penghawa dingin dihidupkan.

7 sebab kenapa unit penyaman udara perlu diservis.1. Memanjangkan jangka hayat* Servis berkala penting supaya unit penya...
27/07/2019

7 sebab kenapa unit penyaman udara perlu diservis.

1. Memanjangkan jangka hayat
* Servis berkala penting supaya unit penyaman udara anda boleh beroperasi tanpa beban yang tinggi. Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara anda. Kecekapan unit untuk beroperasi seperti asal bakal berkurangan di sebabkan kotoran pada penyejat dan pemeluwap

2. Udara bersih
* Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik. Jadi anda akan terhindar daripada penyakit seperti alahan, resdung dan juga asma.

3. Mengelakkan kebocoran
* Selain itu saluran air juga boleh tersumbat jika unit penyaman udara anda tidak diservis mengikut jadual. Kebiasaannya ia tersumbat disebabkan oleh lumut dan habuk. Saluran yang tersumbat akan menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.

4. Menjimatkan elektrik
* Unit dapat beroperasi dengan cekap jika ia diservis mengikut jadual. Tenaga tambahan juga tidak diperlukan untuk unit beroperasi. Bil elektrik anda boleh meningkat kerana tenaga tambahan atau beban tambahan ini.

5. Kesan masalah kerosakan lebih awal
* Jika terdapat sebarang masalah, juruteknik dapat mengesan ia lebih awal ketika servis. Ini dapat mengelakkan perbelanjaan besar untuk kos penyelenggaraan dan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

6. Nasihat pakar
* Anda boleh mendapatkan nasihat tentang apa sahaja yang berkaitan dengan unit penyaman udara daripada juruteknik yang datang sewaktu perkhidmatan servis. Secara tak langsung anda dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.

7. Keselamatan
* Paling utama, unit penyaman udara anda perlu diservis disebabkan soal KESELAMATAN. Anda haruslah mengutamakan keselamatan anda dan juga orang lain. Perkhidmatan servis yang kerap akan menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.

Assalamualaikum/Salam sejahtera. 🙋🏻‍♀IKLAN NAK LALU SEKEJAP 😉Sudahkah anda servis aircond anda? Adakah aircond anda berf...
04/07/2019

Assalamualaikum/Salam sejahtera. 🙋🏻‍♀

IKLAN NAK LALU SEKEJAP 😉

Sudahkah anda servis aircond anda?
Adakah aircond anda berfungsi dengan baik?

perkhidmatan servis aircond rumah,office dan kedai kami boleh bantu.

Harga💵 berpatutan mengikut standart harga terkini..YANG PASTI ANDA AKAN BERPUAS HATI..

👉Lepas raya
tak kan nak biar aircond kotor dan panas..

Ada rasa macam tak sejuk ke?

Macam dah lama sangat tak servis .

Kami boleh bantu kasiii sejuk baikk punya , cuci dan sental sental kotoran dekat aircond.👍👍

Tunggu ape lagi whatsapp dan call untuk sebarang pertanyaan..

Jangan malu malu nak CONTACT TERUS www.wasap.my/60162623700 /adminservisaircond (shima) .

*AREA SEKINCHAN - SUNGAI BESAR*




29/05/2019

Re-post info

Cara mengetahui jenis horsepower@hp setiap penyaman udara (aircond) bagi memudahkan pengguna. setiap unit mempunyai pelekat(sticker) MODEL (indoor/outdoor) yg terletak disisi kanan@bawah penutup(cover)

1. MODEL / BRAND
(cth : Brand YORK > YWM10F-AFAF)

2. COOLING/RATE CAPACITY
(cth : 10000btuh@9800kJ/h

3. AMP READING
(cth : 3.6A)

4. SAIZ PAIP (akan tetapi penggunaan saiz paip telah berubah setiap penggunaan gas)

(saiz paip/copper pipe)
Penggunaan gas R-22
1.0hp : 1/4 , 3/8(2hun/3hun)
1.5hp : 1/4 , 1/2 (2hun/4hun)
2.0hp : 1/4 , 5/8(2hun/5hun)
2.5hp : 3/8 , 5/8(3hun/5hun)

penggunaan gas R410a
1.0hp : 1/4 , 3/8
1.5hp : 1/4 , 1/2
2.0hp : 1/4 , 1/2

penggunaan gas R32(latest)
1.0hp : 1/4 , 3/8
1.5hp : 1/4 , 3/8
2.0hp : 1/4 , 1/2

Bagi pengguna (penyaman udara) yg masalah pc board. Usah risau lagi ada jln penyelesaian dgn menggunakan PC BOARD UNIVER...
15/08/2018

Bagi pengguna (penyaman udara) yg masalah pc board. Usah risau lagi ada jln penyelesaian dgn menggunakan PC BOARD UNIVERSAL. Terdapat 2 jenis PC BOARD :
1. PCB A/C
2. PCB D/C

kapasitor adalah suatu alat yang dapat menyimpan tenaga di dalam medan elektrik, dengan cara mengumpulkan ketidakseimban...
18/07/2018

kapasitor adalah suatu alat yang dapat menyimpan tenaga di dalam medan elektrik, dengan cara mengumpulkan ketidakseimbangan internal dari muatan elektrik.

Masalah pada penyaman udara dibahagian motor kompressor sering berlakunya tidak berfungsi dengan baik. Salah satu masalah adalah KAPASITOR KOMPRESSOR. Cara mengesan kapasitor samada boleh digunakan atau tidak menggunakan MULTIMETER [ simbol ( -||- ) dari nF kepada uF ].

*Rujuk pada gambar kapasitor yang elok & rosak

👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷👷

📛 Area Perkhidmatan ; Sekichan / Pasir Panjang / Sungai besar / Pekan Sabak Bernam

📲whatsapp ;

http://www.wasap.my/+601126033700/haisayanaktanyahargaservisaircond

26/04/2018

Sebarang pertanyaan masalah penyaman udara (aircond) perlu nyatakan :
1. Jenama (cth Acson NON-INVERTER)
2. Jenis model (cth wall mounted)
3. Jenis masalah / kelipan lampu(cth blinking timer 3x)
4. Gambar / video

* Bagi memudahkan kerja mengenalpasti masalah bagi membantu pengguna mengetahui jenis masalah.

26/04/2018

Pentingnya penjagaan penyaman udara (aircond) bagi mengesan @ mengelakkan kerosakkan yang lebih kritikal. Antara kerja-kerja selengaraan penyaman udara untuk mengesan jenis kerosakan :
1. Kerosakan Minor
- unit kotor / kurang sejuk
- unit tidak berfungsi
- kurang gas / gas bocor (leak gas)
- coil sensor / sensor room
- capasitor fan motor (IDU/ODU)
- capasitor compressor

2. Kerosakan Major
- masalah pcb
- masalah fan motor(IDU/ODU)
- masalah motor compressor
- masalah cooling coil / condenser bocor

Kerja - kerja selenggaraan penyaman udara antaranya :

1. NORMAL SERVICE
- Membersihkan EVAPORATOR (indoor unit) tanpa menggunakan pencuci kimia. Mencuci / membersihkan Blower Fan & Air Filter. Pemeriksaan pada arus (Amp Motor COMPRESSOR / Tekanan Gas)

2. MINOR SERVICE (CHEMICAL)
- Mencuci bahagian CONDENSER (outdoor unit) menggunakan pencuci kimia. Mencuci /membersih Blower Fan , Air Filter , Cover & Drain pipe. Pemeriksaan pada arus (Amp Motor COMPRESSOR / Tekanan Gas)

3. MAJOR SERVICE (OVERHAUL)
- Mencuci bahagian EVAPORATOR / CONDENSER (indoor/outdoor unit) menggunakan pencuci kimia. Mencuci /membersih bahagian Blower Fan , Air Filter , Cover & Drain pipe. Pemeriksaan pada arus (Amp Motor COMPRESSOR / Tekanan Gas)

Error code airconditioning1. Non-inverter2. Inverter* sesetengah unit masalah dgn cara (KELIPAN LAMPU LED) (BLINKING) pd...
11/04/2018

Error code airconditioning
1. Non-inverter
2. Inverter

* sesetengah unit masalah dgn cara (KELIPAN LAMPU LED) (BLINKING) pd :
1. Power
2. Timer

Bagi penggunaan penyaman udara jenis INVERTERDaikin/panasonic/acson
11/04/2018

Bagi penggunaan penyaman udara jenis INVERTER
Daikin/panasonic/acson

Masalah blinking bagi penyaman udara (aircond) jenis wall mounted (non- inverter)Sebagai contoh bagi Brand ACSON Model :...
10/04/2018

Masalah blinking bagi penyaman udara (aircond) jenis wall mounted (non- inverter)
Sebagai contoh bagi Brand ACSON
Model : AWM 10G (R-22)
: AWM 09J (R-22)
: A5WM 10S (R410a)

Rujuk pada gambar sebagai panduan.
Penggunaan jenis york/daikin/acson

Address

Parit 8 Ban 3 Sungai Leman
Sekincan
45400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aircond Service By ShimaMirul Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share