14/05/2026
Dalam industri pembinaan, kepercayaan adalah perkara paling penting antara client, kontraktor dan pihak perunding. Namun hari ini semakin banyak berlaku kes di mana ada pihak menawarkan βkhidmat arkitekβ atau pengurusan submission, tetapi sebenarnya menipu berkaitan dokumen kelulusan projek.
Ada yang meyakinkan client bahawa pelan sudah diluluskan dan projek sudah boleh dimulakan. Kontraktor p**a diminta masuk tapak dan memulakan kerja menggunakan modal sendiri terlebih dahulu. Tetapi selepas projek berjalan, baru diketahui bahawa semua dokumen yang ditunjukkan hanyalah dummy, tidak sah, atau langsung belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Perkara seperti ini bukan isu kecil. Ia boleh menyebabkan projek dihentikan serta-merta, mengakibatkan kerugian besar kepada owner dan kontraktor. Lebih membimbangkan, ada yang terpaksa menanggung saman, kompaun dan kelewatan projek hanya kerana terlalu percaya tanpa membuat semakan.
Sebab itu, setiap owner dan kontraktor perlu lebih berhati-hati sebelum memulakan sesuatu projek. Jangan hanya percaya pada kata-kata atau screenshot semata-mata. Minta dokumen rasmi, semak nombor rujukan, dan buat pengesahan terus dengan pihak berkuasa berkaitan. Dalam industri ini, profesionalisme dan integriti sangat penting kerana satu penipuan boleh memberi kesan kepada ramai pihak.
Membina projek bukan sekadar mengejar keuntungan. Ia melibatkan amanah, tanggungjawab dan kepercayaan orang lain. Jangan rosakkan industri dengan janji palsu dan dokumen yang tidak sah.