RISB Hub

Call Directions Website Contact the business

RISB Hub Rencana Intelek Sdn. Bhd. (RISB)

Pakar dalam perundingan teknikal, pemasangan saluran paip gas (LPG/NG), serta kerja-kerja mekanikal dan awam.

Kami komited menyediakan solusi yang kos efektif dan menepati masa demi kepuasan pelanggan.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H ✨Sedar tidak sedar, tirai tahun hijrah kembali bertukar. Lembaran baharu kini dibu...
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H ✨

Sedar tidak sedar, tirai tahun hijrah kembali bertukar. Lembaran baharu kini dibuka, membawa peluang untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 36, bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan suci di sisinya. Mari kita penuhi bulan yang mulia ini dengan amal kebaikan dan ketakwaan.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kedamaian, dan hidayah yang berpanjangan buat kita semua.

10/06/2026

Telah berlangsung satu sesi kerja-kerja penyelenggaraan mekanikal secara berkala bertempat di Jelebu. Fokus utama tugasan kali ini adalah untuk menggantikan komponen-komponen bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan pengguna berada pada tahap tertinggi.

05/06/2026

Khamis, 4 Jun 2026

[PROGRAM JOM XCESS 2026 PUSAT WILAYAH TENGAH]

Pihak kami telah menghadiri Program Jaringan Perniagaan Jom XCESS 2026 anjuran SME Bank. Kehadiran ke program ini bertujuan untuk meneroka peluang pembiayaan strategik, mengikuti sesi taklimat pembangunan perniagaan, serta mengadakan perbincangan secara bersemuka bersama Pengurus Perhubungan SME Bank.

Melalui platform jaringan perniagaan dan pemadanan perniagaan (business matching) yang disediakan, kami berharap input serta kolaborasi yang terjalin dapat memacu pertumbuhan dan memperkukuhkan lagi sayap perniagaan kami ke peringkat yang lebih tinggi.

Dirgahayu Tuanku. 🇲🇾✨Kami di Rencana Intelek Sdn. Bhd. merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambuta...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku. 🇲🇾✨

Kami di Rencana Intelek Sdn. Bhd. merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, memelihara keselamatan serta merahmati Seri Paduka Baginda berdua.

Daulat Tuanku!

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Kami di RISB Hub! 🕋✨

Hari Raya Korban bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi ia adalah satu refleksi agung tentang erti keikhlasan, kesetiaan, dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Di peringkat organisasi, nilai-nilai inilah yang menjadi teras kepada setiap usaha kami untuk memberikan yang terbaik buat anda semua.

Semoga lembaran Aidiladha kali ini membawa keberkatan yang melimpah-limpah, kedamaian, dan kemakmuran kepada perniagaan, keluarga, dan kehidupan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha, daripada pengurusan dan seluruh warga kerja RISB Hub.

[NOTIS PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN PEJABAT SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILADHA]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Makluman ke...
26/05/2026

[NOTIS PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN PEJABAT SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILADHA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelanggan dan rakan niaga yang dihormati, ingin dimaklumkan bahawa operasi pejabat RISB HUB akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha seperti ketetapan berikut:

Tarikh Penutupan: 27 Mei 2026 – 1 Jun 2026 (Rabu– Isnin)
Kembali Beroperasi: 2 Jun 2026 (Selasa)

Segala urusan dan pertanyaan sepanjang tempoh penutupan ini akan diteliti semula sebaik sahaja kami kembali beroperasi. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Kami di Rencana Intelek Sdn. Bhd. ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua.

Pandu cermat dan selamat bercuti!

JANGAN AMBIL MUDAH ISU PEMASANGAN PAIP GAS ! 🛠️🚧Dalam industri pembinaan, piping system terutamanya untuk saluran gas me...
25/05/2026

JANGAN AMBIL MUDAH ISU PEMASANGAN PAIP GAS ! 🛠️🚧

Dalam industri pembinaan, piping system terutamanya untuk saluran gas memerlukan ketelitian yang sangat tinggi.
Kesilapan kecil boleh mengundang risiko keselamatan yang besar!

Antara kecacatan asas yang sering dijumpai di tapak bina termasuklah:

❌ Tiada 'Pipe Sleeve' & Cat Tidak Sempurna: Menjadikan paip terdedah kepada geseran struktur dan kakisan (corrosion).

❌ Penyambungan Paip Tidak Selari (Misalignment): Memaksa paip disambung secara senget sebelum dikimpall (welding), sekaligus melemahkan struktur sambungan.

❌ Penanda Aliran Gas (Gas Flow Signage) Comot/Rosak: Boleh mengelirukan pasukan penyelenggaraan di masa hadapan.

Pemeriksaan berkala dan kawalan kualiti (QA/QC) yang ketat adalah kunci bagi memastikan premis anda selamat menduduki.

Syarikat anda perlukan khidmat pemeriksaan kecacatan bangunan yang profesional?

Layari www.rencanaintelek.com.my untuk maklumat lanjut.

22/05/2026

Khamis, 21 Mei 2026.

[KEHADIRAN SEMINAR & DIALOG SURUHANJAYA TENAGA BERSAMA ORAN KOMPETEN GAS]

Merujuk kepada jemputan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan ini disahkan bahawa wakil syarikat kami telah menghadiri sesi seminar tersebut.

Kehadiran ini adalah selaras dengan kehendak Peraturan 89A, PPBG (Pindaan) 2025 bagi memastikan urusan pendaftaran dan pembaharuan Orang Kompeten gas syarikat berjalan lancar dan mematuhi KPI yang ditetapkan.

19/05/2026

Pernah terfikir bagaimana sistem manifold gas di premis komersial atau industri anda berfungsi? Penjagaan dan operasi yang betul amat penting bagi memastikan kelancaran perniagaan serta keselamatan semua pihak.

Rencana Intelek Sdn. Bhd ingin berkongsi 4 langkah asas yang wajib operator anda ketahui:

1️⃣ Ball Valve: Pastikan semua injap dibuka sepenuhnya semasa operasi normal. Ia hanya ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

2️⃣ Pantau Tekanan Gas: Selalu periksa pressure gauge silinder kiri/kanan serta talian paip utama bagi memastikan aliran gas sentiasa konsisten dan selamat.

3️⃣ Fahami Sistem Standby Autotomatik: Apabila gas di satu bahagian habis, sistem pintar ini akan automatik bertukar ke bahagian simpanan (standby).

4️⃣ Prosedur Tukar Silinder: Jika indikator bertukar merah, pusing tombol sehingga menjadi lutsinar sebelum menggantikan silinder kosong dengan yang baharu. Jangan langgar langkah ini bagi mengelakkan sistem tersangkut pada manifold yang kosong!

Keselamatan di tempat kerja bermula dengan pemahaman sistem yang betul. Simpan (save) post ini untuk rujukan pasukan anda hari ini! 📌

14/05/2026

Ramai yang nampak panel ni setiap hari, tapi tahu tak fungsi sebenar setiap butang ni. Setiap komponen ada peranan besar untuk keselamatan.

Jom fahami fungsi setiap bahagian dalam video ini. Jangan tunggu kecemasan berlaku baru nak belajar! 🛑

Address

333G, Pusat Bandar Senawang
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6067203254

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISB Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RISB Hub:

Shortcuts

Share