19/05/2026
18 MEI 2026 | PERBINCANGAN HALATUJU SKOP PENYELIDIKAN PEMETAAN SUMBER TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) BIRU MALAYSIA (NAHRIM-SEDA)
Satu sesi Perbincangan Halatuju Skop Penyelidikan Pemetaan Sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) Biru Malaysia yang melibatkan kerjasama antara NAHRIM dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah berlangsung di SEDA, Cyberjaya pada 18 Mei 2026. Objektif utama pertemuan strategik ini adalah untuk merangka langkah dan kaedah bagi mengenal pasti serta memetakan potensi sumber tenaga ombak di kawasan perairan Malaysia secara komprehensif berpandukan analisis parameter lautan.
Melalui inisiatif perbincangan ini, kedua-dua pihak menaruh harapan untuk menyediakan pangkalan maklumat asas teknikal dan saintifik yang tepat bagi menyokong pembangunan projek perintis tenaga ombak di negara ini pada masa akan datang. Usaha perintis ini juga merupakan sasaran penting NAHRIM dalam memacu pertumbuhan Pembangunan Ekonomi Biru, di samping mendokong agenda peralihan tenaga negara demi mencapai kelestarian alam dan pemerkasaan teknologi hijau.
18 MAY 2026 | DISCUSSION ON THE RESEARCH SCOPE DIRECTION FOR MAPPING MALAYSIA'S BLUE RENEWABLE ENERGY (RE) RESOURCES (NAHRIM-SEDA)
A discussion session on the Research Scope Direction for Mapping Malaysia's Blue Renewable Energy (RE) Resources, a collaborative effort between NAHRIM and the Sustainable Energy Development Authority (SEDA), took place at SEDA, Cyberjaya on 18 May 2026. The main objective of this strategic meeting was to formulate steps and methodologies to comprehensively identify and map the potential of wave energy resources in Malaysian waters based on the analysis of ocean parameters.
Through this initiative, both parties hope to establish a precise technical and scientific baseline database to support the development of pilot wave energy projects in the country moving forward. This pioneering effort is also a crucial target for NAHRIM in driving the growth of the Blue Economy, while supporting the national energy transition agenda to achieve environmental sustainability and the advancement of green technology.