07/03/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Kami doakan semoga hari anda dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.
Testpen merupalan alat penguji yang setia bagi juruteknik. Ia digunakan untuk menguji kewujudan voltan dalam sesuatu litar elektrik. Setakat yang yang biasa digunakan iaitu :
Direct electrod
Wireless detecter
Fungsi masih sama cuma pada pendapat kami, jenis direct electrod ini mengesan magnitud arus litar manakala jenis wireless p**a mengesan frekuansi. Namun kedua-duanya masih boleh membantu kita untuk menguji kewujudan elektrik.
Fokus entry pada kali ini untuk share pengetahuan yang tak seberapa ini dengan semua pembaca tentang test pen jenis direct electrod. Terdapat banyak jenama tetapi kami masih percaya pada Stanley dan juga Sata. Yang lain dah cuba tetapi tidak berminat. Test pen jenis ini binaannya dari plastic acrylic dan ianya mudah pecah jika jatuh ke lantai keras. Mungkin kriteria di pilih untuk memberikan rintangan dari terkena renjatan pengguna namun kesahihan dari segi safety masih boleh dipertikaikan. Harapnya jangan ada diantara kita yang menguji voltan yang lebih dari saranan pengeluar. wa tak jamin loo.
Bentuknya hampir menyerupai screw driver, tetapi di kira salah guna jika testpen digunakan untuk membuka dam mengetatkan screw yang agak ketat. That why lah daya tahan testpen jadi menurun, elakkan ye kenkawang !!
Binaan dalam terdiri dari perintang yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan arus agar selamat bila disentuh panelnya. Ia di reka bersama karbon elekrod untuk mengelakkan direct contact. Lampu neon p**a sebagai indicator.
Care guna amat mudah,sentuhkan hujung keluli yang terdedah dengan litar. Ingat, hanya terminal Live(hidup) sahaja mampu di kesan. Jika terdapat nyalaan neon. Maka litar itu mengandungi voltan.
Alternatif dari itu, test pen jenis ini boleh bertindak sebagai alat penguji keterusan. Paling mudah untuk check fius rewireble plug 3 pin. Malah jika kekawan sudah paham akan konsep keterusan, tidak mustahil kita akan dapat menguji mentol filamen mahupun alatan lain.selamat mencuba !!