LesQ Innovations

LesQ Innovations We aim to become First Malaysian company globally competing in the sector of Robotic and Augmented Intelligence in its supply chain.

Weekend ni bagi anak scroll TikTok 2 jam atau bagi dia belajar kawal drone dengan coding? ๐Ÿค”Tello EDU gabungkan teknologi...
05/06/2026

Weekend ni bagi anak scroll TikTok 2 jam atau bagi dia belajar kawal drone dengan coding? ๐Ÿค”

Tello EDU gabungkan teknologi, kreativiti dan keseronokan dalam satu pengalaman pembelajaran yang memang susah nak bosan guys.

Berminat klik sini okay!
https://s.shopee.com.my/W3pmpUA1Z

You guys pun boleh jadi petani yang hebat macam brother ni. Guna teknologi pertanian yang terkini untuk bantu korang!Eve...
05/06/2026

You guys pun boleh jadi petani yang hebat macam brother ni. Guna teknologi pertanian yang terkini untuk bantu korang!

Everyone can be a smart farmer today. Pape roger okay ๐Ÿ˜


Dari tanaman cili ke bawang merah, Muhammad Nazirullah dari Kuala Pilah membuktikan anak muda juga mampu mengubah landskap pertanian negara. Bermula dengan 500 polibeg, beliau berjaya menghasilkan sekitar 250kg bawang tempatan demi membantu kurangkan kebergantungan import.

Artikel penuh: https://mooda.my/muhammad-nazirullah-tanaman-bawang-merah-tempatan/

What if the future wasnโ€™t 10 years awayโ€ฆ but happening right now?โœจ Explore. ๐Ÿš€ Experience. ๐Ÿ”ฎ Step into the future.๐Ÿ“… 25โ€“27...
04/06/2026

What if the future wasnโ€™t 10 years awayโ€ฆ but happening right now?

โœจ Explore. ๐Ÿš€ Experience. ๐Ÿ”ฎ Step into the future.

๐Ÿ“… 25โ€“27 June 2026
๐Ÿ“ MyDrone Expo 2026

The future isn't coming. It's already here.

Cara sediakan tanah yang berkualiti untuk tanaman korang ๐Ÿ˜
04/06/2026

Cara sediakan tanah yang berkualiti untuk tanaman korang ๐Ÿ˜


Ramai yang teruja membeli benih atau anak pokok untuk ditanam di halaman rumah, namun sering terlupa bahawa kejayaan sesuatu tanaman sebenarnya bermula dari bawah permukaan tanah.
Tanah yang subur dan mempunyai struktur yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan akar berkembang dengan sempurna, menyerap nutrien secara optimum serta menghasilkan pokok yang sihat dan produktif.
Sempena musim cuti, inilah masa yang sesuai untuk menyediakan campuran tanah yang berkualiti sebelum memulakan aktiviti berkebun.
Salah satu formula campuran yang mudah dan praktikal ialah nisbah 3:2:1, iaitu 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian cocopeat atau pasir dan 1 bahagian kompos atau baja organik.
Tanah atas berfungsi sebagai medium utama yang memegang akar dan menyimpan nutrien.
Cocopeat atau pasir p**a membantu mengekalkan kelembapan serta menjadikan tanah lebih ringan dan poros supaya akar mudah berkembang.
Sementara itu, kompos atau baja organik membekalkan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan daun, batang dan akar.
Cara penyediaannya juga mudah. Campurkan semua bahan mengikut nisbah yang disyorkan, gaulkan sehingga sebati dan pastikan campuran tidak terlalu padat atau terlalu lembap.
Siram sedikit air sebelum digunakan bagi mewujudkan keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan akar.
Bagi tanaman sayuran daun seperti sawi dan kangkung, kandungan kompos boleh ditambah sedikit bagi merangsang pertumbuhan daun yang lebih subur.
Untuk tanaman seperti cili dan tomato p**a, penambahan bahan yang membantu saliran seperti sekam bakar boleh meningkatkan kesihatan akar dan penghasilan buah.
Elakkan kesilapan biasa seperti menggunakan tanah yang terlalu padat, memberi baja secara berlebihan atau menggunakan pasu tanpa lubang saliran.
Dengan campuran tanah yang betul, tanaman akan lebih sihat, tahan tekanan cuaca dan berpotensi menghasilkan hasil yang lebih berkualiti.
Tanah subur, tanaman makmur. Mulakan kebun kendiri anda hari ini.

03/06/2026

Make farm work more fun and easier! Berminat? Boleh terus dm okay guys! Harga murmur, prestasi hebat ๐Ÿ”ฅ


Sebab-sebab kenapa benih tak bercambah. Jom tambah ilmu pertanian!
03/06/2026

Sebab-sebab kenapa benih tak bercambah. Jom tambah ilmu pertanian!

Kenapa Benih Yang Disemai Tidak Bercambah?
Pernahkah anda menyemai benih dengan penuh harapan, tetapi selepas beberapa hari tiada tanda-tanda percambahan?
Keadaan ini sering berlaku dalam kalangan mereka yang baru memulakan aktiviti berkebun di rumah.
Hakikatnya, kegagalan benih bercambah bukan semestinya disebabkan benih tidak berkualiti, tetapi sering berpunca daripada teknik semaian yang kurang tepat.
Salah satu faktor utama ialah kedalaman semaian. Benih yang ditanam terlalu dalam s**ar menembusi permukaan tanah untuk mendapatkan cahaya dan udara yang diperlukan.
Sebaliknya, benih yang ditanam terlalu cetek mudah terdedah kepada panas dan kehilangan kelembapan.
Sebagai panduan umum, kedalaman semaian biasanya sekitar dua hingga tiga kali saiz benih.
Selain itu, kelembapan media semaian perlu diberi perhatian. Media yang terlalu kering akan menyebabkan benih gagal menyerap air untuk memulakan proses percambahan.
Namun, media yang terlalu basah juga boleh menyebabkan benih reput akibat kekurangan oksigen. Pastikan media sentiasa lembap tetapi tidak bertakung air.
Ramai juga yang kurang sabar menunggu. Setiap jenis tanaman mempunyai tempoh percambahan yang berbeza.
Ada benih yang bercambah dalam masa tiga hingga lima hari, manakala ada yang memerlukan satu hingga dua minggu.
Oleh itu, elakkan menyemai semula terlalu awal kerana menyangka benih gagal bercambah.
Antara kesilapan biasa semasa menyemai ialah menggunakan media yang terlalu padat, menyiram dengan aliran air yang kuat sehingga benih beralih kedudukan, serta meletakkan bekas semaian di lokasi yang terlalu panas atau terlindung sepenuhnya daripada cahaya.
Ingat, benih yang kecil menyimpan potensi yang besar. Dengan teknik semaian yang betul, peluang untuk mendapatkan anak pokok yang sihat dan seragam akan menjadi lebih tinggi.
Kejayaan berkebun di rumah bermula daripada benih yang berjaya bercambah.

The future is here! Korang boleh join ramai-ramai dam tengok sendiri dekat   ๐Ÿ‘€๐Ÿ˜Bukan setakat untuk drone lovers je โ€” kal...
29/05/2026

The future is here! Korang boleh join ramai-ramai dam tengok sendiri dekat ๐Ÿ‘€๐Ÿ˜

Bukan setakat untuk drone lovers je โ€” kalau korang or anak-anak s**a teknologi, robot, coding atau benda-benda โ€œcanggihโ€, memang wajib bawak datang ๐Ÿ˜ฎโœจ

Sambil jalan-jalan, boleh explore macam mana drone dah ubah cara kita kerja, belajar & hidup dekat Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SAVE THIS DATEโ€ผ๏ธ
๐Ÿ“MyDrone Expo 2026
๐Ÿ—“๏ธ 25โ€“27 June 2026

Jom feel sendiri future yang sebenarnya dah bermula sekarang ๐Ÿ”ฅ


Jom tanak kubis! ๐Ÿ˜
29/05/2026

Jom tanak kubis! ๐Ÿ˜

Tahukah anda, kubis bukan lagi tanaman yang hanya sinonim dengan kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands?
Dengan pemilihan varieti yang sesuai dan penjagaan yang betul, kubis kini boleh ditanam di halaman rumah, sama ada di dalam pasu mahupun batas kecil.
Dalam keadaan dunia berdepan cabaran perubahan iklim, kenaikan kos pengangkutan dan gangguan rantaian bekalan makanan global, usaha menghasilkan makanan sendiri semakin penting.
Menanam kubis di rumah bukan sahaja memberi bekalan sayuran segar kepada keluarga, malah membantu mengurangkan kebergantungan terhadap sayuran import.
Perjalanan menanam kubis sebenarnya tidaklah rumit. Semuanya bermula dengan penyemaian benih selama 20 hingga 25 hari sebelum anak benih dipindahkan ke pasu atau batas tanaman.
Kubis memerlukan cahaya matahari antara enam hingga lapan jam sehari, suhu sederhana serta tanah yang subur dan mempunyai saliran baik untuk menghasilkan kepala kubis yang berkualiti.
Selepas dipindahkan, tanaman perlu disiram secara berkala bagi memastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak bertakung.
Pembajaan menggunakan baja organik atau NPK 15:15:15 pada 14 hari lepas tanam (HLT) dan 12:12:17:2 TE pada 35 dan 49 HLT bagi membantu pertumbuhan daun dan pembentukan kepala kubis yang padat.
Kubis boleh mula dipungut selepas 60 hari mengubah diladang. Purata hasil ialah 29mt/ha bagi tanah dataran tinggi dan 16mt/ha bagi tanah pamah.
Apabila memotong kobis diladang, 2-3 helai daun pembalut ditinggalkan. Daun ini berfungsi sebagai pelapik semasa pengendalian
dan pengangkutan.
Kubis digred berdasarkan saiz, ketumpatan, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal serta tahap serangan penyakit dan serangga. Kubis bulat boleh disimpan selama 6-12 minggu pada suhu 1-2 darjah celcius dengan kelembapan 90-95%.
Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, kubis yang ditanam sendiri memberi keyakinan terhadap kualiti dan keselamatan makanan yang dimakan.
Lebih penting, setiap pasu dan batas yang diusahakan di rumah merupakan sumbangan kecil ke arah memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam.
Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Kongsikan agar lebih ramai mendapat manfaat.

29/05/2026

Nak bagi makan ikan pun guna drone je mat. Lebih efficient lebih cepat lebih teratur!

Pape roger okay ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ˜

Not just a drone. Itโ€™s your first step into coding, STEM, and sky domination ๐Ÿš€ Program it, fly it, experiment with it an...
28/05/2026

Not just a drone. Itโ€™s your first step into coding, STEM, and sky domination ๐Ÿš€

Program it, fly it, experiment with it and repeat until you feel like a tech genius in real life ๐Ÿ˜Ž

Get yours today!
https://s.shopee.com.my/2qR0FyRZ8p


Address

Level 24, Mercu Maybank Finance Avenue, I-City
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 10:30 - 13:30

Telephone

+60129349601

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LesQ Innovations posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LesQ Innovations:

Share