CMTHub UITM

CMTHub UITM Creative Media and Technology Hub

Sinema Rabu @ CMTHubMempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kole...
04/02/2025

Sinema Rabu @ CMTHub

Mempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan menganjurkan program tayangan filem bertajuk "Silent Waters" oleh Pengarah Sabiha Sumar. Filem ini pernah memenangi anugerah Golden Leopard – Best Film; Youth Jury Award; Prize of the Ecumenical Jury semasa Locarno International Film Festival di Switzerland pada tahun 1999.

Sinopsis filem ini mengisahkan seorang ibu tunggal yang menyimpan rahsia silam berkaitan peristiwa Pembahagian India ketika 1947 menyaksikan perubahan radikal anak lelakinya. Kisah provokatif, mencengkam lagi penuh emosi ini mengambil tempat di sebuah perkampungan Punjabi di Pakistan lewat 1970-an ketika projek Islamisasi Presiden Zia-ul-Haq sedang memuncak.

Butiran sesi tayangan adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 Februari 2025 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Ruang Media Kreatif dan Digital CMTHub

Program ini adalah salah satu program berkala CMTHub yang dijalankan dua (2) minggu sekali pada setiap hari Rabu. Pengisian tayangan filem merupakan filem-filem terbaik yang telah dipilih atau dikuratorkan oleh Dr. Norman Yusoff, Pensyarah Kanan, Pengajian, Seni Digital dan Imejan. Dalam pada itu, selepas penayangan filem akan ada satu slot sesi bual bicara filem bagi mengupas apa yang diperolehi dapatan daripada filem tersebut.

Jam latihan bagi program ini disediakan untuk semua staf UiTM yang hadir.

TAYANGAN PERCUMA, TUJUAN PENDIDIKAN, SEMUA DIJEMPUT HADIR!

20 JANUARI 2025 | ISNINTelah diadakan satu Majlis Perpisahan ringkas meraikan pelajar latihan industri, Encik Muhammad A...
21/01/2025

20 JANUARI 2025 | ISNIN

Telah diadakan satu Majlis Perpisahan ringkas meraikan pelajar latihan industri, Encik Muhammad Adam Haikal bin Mohd Azlan, Cik Iman Nur Aini binti Norhafsyam, Cik Ainurfitria binti Omar, Cik Siti Nurul Najwa binti Shahidan dan Cik Nur Adila Hanani binti Azman.

Di kesempatan ini, Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub) ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga segala pengalaman juga ilmu yang diperolehi dari pejabat Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub) dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSinema Rabu @ CMTHubMempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media...
16/12/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sinema Rabu @ CMTHub

Mempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan menganjurkan program tayangan filem bertajuk “Cure” oleh Pengarah Kiyoshi Kurosawa. Filem ini tercalon di dalam Anugerah Tokyo International Film Festival 1997.

Sinopsis filem ini mengisahkan seorang detektif menyiasat satu siri pembunuhan ngeri sekitar Tokyo di mana leher setiap mangsa dikelar dengan tanda X. Dengan memanfaatkan elemen genre thriller jenayah, filem noir, dan seram psikologi, pengarah telah membawa inovasi terhadap sinema seram Jepun dengan menerokai dimensi kefalsafahan dan eksistensialisme.

Butiran sesi tayangan adalah seperti berikut:
Tarikh : 18 Disember 2024 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ruang Media Kreatif dan Digital CMTHub

Program ini adalah salah satu program berkala CMTHub yang dijalankan dua (2) minggu sekali pada setiap hari Rabu. Pengisian tayangan filem merupakan filem-filem terbaik yang telah dipilih atau dikuratorkan oleh Dr. Norman Yusoff, Pensyarah Kanan, Pengajian, Seni Digital dan Imejan. Dalam pada itu, selepas penayangan filem akan ada satu slot sesi bual bicara filem bagi mengupas apa yang diperolehi dapatan daripada filem tersebut.

Jam latihan bagi program ini disediakan untuk semua staf UiTM yang hadir.

TAYANGAN PERCUMA, TUJUAN PENDIDIKAN, SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSinema Rabu @ CMTHubMempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media...
26/11/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sinema Rabu @ CMTHub
Mempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan menganjurkan program tayangan filem bertajuk "The Last Supper" dari Pengarah Fereydoun Jeyrani dari negara Iran. Filem ini pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di dalam Cairo International Film Festival 2002.

Sinopsis filem ini mengisahkan tentang seorang profesor senibina yang rumah tangganya bergolak dan baru diceraikan si suami melalui perubahan hidup bila seorang pelajar lelaki (yang seusia dengan anak gadisnya) jatuh hati dengannya. Sebuah melodrama tragis yang berfokus kepada isi tabu dan persoalan politik gender dalam konteks masyarakat bandaran kelas pertengahan di Iran.

Butiran sesi tayangan adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 November 2024 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Ruang Media Kreatif dan Digital CMTHub

Program ini adalah salah satu program berkala CMTHub yang dijalankan dua (2) minggu sekali pada setiap hari Rabu. Pengisian tayangan filem merupakan filem-filem terbaik yang telah dipilih atau dikuratorkan oleh Dr. Norman Yusoff, Pensyarah Kanan, Pengajian, Seni Digital dan Imejan. Dalam pada itu, selepas penayangan filem akan ada satu slot sesi bual bicara filem bagi mengupas apa yang diperolehi dapatan daripada filem tersebut.

Jam latihan bagi program ini disediakan untuk semua staf UiTM yang hadir.

TAYANGAN PERCUMA, TUJUAN PENDIDIKAN, SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSinema Rabu @ CMTHubMempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media...
11/11/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sinema Rabu @ CMTHub

Mempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan menganjurkan program tayangan filem bertajuk "Bayan Ko (This is My Country)" oleh Pengarah Lino Brocka. Filem ini tercalon di dalam Anugerah Palme D'Or Cannes Film Festival 1984.

Sinopsis filem ini mengisahkan kerana keterdesakan hidup, Turing, pekerja syarikat percetakan, terpaksa menandatangani perjanjian untuk tidak terlibat dalam gerakan kesatuan pekerja bila membuat pinjaman wang dari majikannya. Keadaan menjadi lebih parah bila syarikat tersebut ditutup akibat mogok pekerja dan demonstrasi politik skala besar tercetus di Manila, hingga akhirnya mengheret beliau ke kancah jenayah. Karya yang cukup berkuasa, getir, tegang lagi mengasak dalam menyalurkan suara dan protes golongan miskin lagi tertindas ketika meledaknya kemelut politik dan sosial di Filipina ketika fasa akhir rejim Marcos.

Butiran sesi tayangan adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 November 2024 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ruang Media Kreatif dan Digital CMTHub

Program ini adalah salah satu program berkala CMTHub yang dijalankan dua (2) minggu sekali pada setiap hari Rabu. Pengisian tayangan filem merupakan filem-filem terbaik yang telah dipilih atau dikuratorkan oleh Dr. Norman Yusoff, Pensyarah Kanan, Pengajian, Seni Digital dan Imejan. Dalam pada itu, selepas penayangan filem akan ada satu slot sesi bual bicara filem bagi mengupas apa yang diperolehi dapatan daripada filem tersebut.

Jam latihan bagi program ini disediakan untuk semua staf UiTM yang hadir.

TAYANGAN PERCUMA, TUJUAN PENDIDIKAN, SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSinema Rabu @ CMTHubMempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media...
21/10/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sinema Rabu @ CMTHub

Mempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan menganjurkan program tayangan filem bertajuk "Before, Now & Then" oleh Pengarah Filem Gadis Kretek. Filem ini pernah menjadi pemenang anugerah Berlin Film Festival 2022.

Sinopsis filem ini mengisahkan ketika keganasan politik sedang memuncak di Indonesia era 1960-an, seorang wanita yang masih dihantui trauma revolusi era 1940-an mengharungi nestapa perkahwinan keduanya dengan seorang lelaki kaya. Namun hidupnya berubah setelah bertemu dan bersahabat baik dengan perempuan simpanan si suami. Kehalusan sinematografi, rincian penataan seni, dan keasyikan skor muzik menjadikan karya ini penuh misteri, puitis lagi menggugah rasa.

Butiran sesi tayangan adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2024 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ruang Media Kreatif dan Digital CMTHub

Program ini adalah salah satu program berkala CMTHub yang dijalankan dua (2) minggu sekali pada setiap hari Rabu. Pengisian tayangan filem merupakan filem-filem terbaik yang telah dipilih atau dikuratorkan oleh Dr. Norman Yusoff, Pensyarah Kanan, Pengajian, Seni Digital dan Imejan. Dalam pada itu, selepas penayangan filem akan ada satu slot sesi bual bicara filem bagi mengupas apa yang diperolehi dapatan daripada filem tersebut.

Jam latihan bagi program ini disediakan untuk semua staf UiTM yang hadir.

TAYANGAN PERCUMA, TUJUAN PENDIDIKAN, SEMUA DIJEMPUT HADIR!

21 OKTOBER 2024 ~ ISNINAssalamualaikum dan Salam SejahteraSalam UiTM di HatikuHab Media Kreatif dan Teknologi (CMTHub), ...
21/10/2024

21 OKTOBER 2024 ~ ISNIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam UiTM di Hatiku

Hab Media Kreatif dan Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) telah menerima seramai empat (4) orang pelajar latihan industri dari kursus Diploma Pengurusan Seni, KPSK. Sehubungan dengan itu, pihak CMTHub ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan industri kepada:

- Encik Muhammad Adam Haikal bin Mohd Azlan
- Cik Iman Nur Aini binti Norhafsyam
- Cik Nur Adila Hanani binti Azman
- Cik Ainurfitria binti Omar

Semoga amanah dan tanggungjawab baru yang bakal digalas dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan CMTHub menjadi platform yang terbaik untuk para pelajar membina kecemerlangan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum..Diucapkan selamat datang dan tahniah di atas pelantikan kepada Dr. Norman Yusoff, Dr. Zuriati Mohamed S...
18/10/2024

Assalamualaikum..

Diucapkan selamat datang dan tahniah di atas pelantikan kepada Dr. Norman Yusoff, Dr. Zuriati Mohamed Shaari dan Puan Amanina Alwani⁩ Badaruddin ke Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub). Untuk makluman semua, lantikan ini adalah sebagai Jawatankuasa Induk Kreatif CMTHub berkuatkuasa dari 1 September 2024.

Semoga segala kemahiran dan kepakaran yang dikongsi dapat menjadi asbab untuk pembangunan dan kemajuan CMTHub serta UiTM.

Sekian.

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL VIRAL 101 : BENGKEL VIDEOGRAFIK KREATIF UNTUK FYP TIKTOK! ANJURAN HAB MEDIA KREATIF & TEKNOLO...
09/10/2024

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL VIRAL 101 : BENGKEL VIDEOGRAFIK KREATIF UNTUK FYP TIKTOK! ANJURAN HAB MEDIA KREATIF & TEKNOLOGI
(CMTHUB), KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF (KPSK)

Sukacita dimaklumkan, Hab Media Kreatif dan
Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan mengadakan bengkel Viral 101 : Bengkel Videografik Kreatif untuk FYP TikTok!

Butiran mengenai Viral 101 : Bengkel Videografik Kreatif untuk FYP TikTok! adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari(Sesi 1)
2.00 petang hingga 4.00 petang(Sesi 2)
Bayaran : RM39.00 / seorang
Penceramah : Encik Azri bin Abu Hassan (Koordinator Bidang, Filem)
: Encik Zairul Eizam bin Abdul Rahman (Ketua Unit Operasi dan Branding, Unit Siaran TV1)
Sasaran Peserta : Terbuka kepada Staf UiTM, Pelajar UiTM dan Orang Awam
Medium : Webex by CISCO Platform
Link Pendaftaran: Qr Code

Sijil Penyertaan (e-Certificate) akan diberikan kepada setiap peserta dan jam latihan akan diberikan kepada staf UiTM yang terlibat.

PENDAFTARAN PESERTA HANYA DIHADKAN SERAMAI 100 ORANG SAHAJA.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 16 Oktober 2024 (Rabu). Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Cik Nurul Anis Ezzah Abdul Jalin (Kerani Penerbitan) di talian 03-55444039/012-3162407. Ayuh jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama menyertai bengkel ini bagi manfaat bersama.

2 OKTOBER 2024 ~ RABUSelamat ulang tahun kelahiran di ucapkan kepada Puan Norlela Ismail. Ikhlas dari seluruh keluarga H...
02/10/2024

2 OKTOBER 2024 ~ RABU

Selamat ulang tahun kelahiran di ucapkan kepada Puan Norlela Ismail. Ikhlas dari seluruh keluarga Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (CMTHub).

Semoga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa diberkati dalam limpah rahmat Allah SWT.

Address

Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CMTHub UITM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CMTHub UITM:

Share