DRB-HICOM Defence Technologies

Call Directions Website

DRB-HICOM Defence Technologies To be premier defence & security technology product and services provider.

29/10/2026
Daulat Tuanku! 🇲🇾DEFTECH merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Sha...
25/10/2026

Daulat Tuanku! 🇲🇾

DEFTECH merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan, sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor 2001–2026.

Semoga DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta pemerintahan yang diberkati Allah SWT.

Sembah takzim daripada DEFTECH, Ahli Kumpulan DRB-HICOM.

Defence Services Sdn Bhd (DSSB) dengan sukacitanya mengalu-alukan kunjungan delegasi Acquisition, Technology & Logistics...
05/10/2026

Defence Services Sdn Bhd (DSSB) dengan sukacitanya mengalu-alukan kunjungan delegasi Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA), Kementerian Pertahanan Jepun ke kemudahan DSSB di Nilai hari ini.

Kunjungan ini mencerminkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pertahanan, serta membuka ruang untuk perbincangan dan kerjasama yang lebih mendalam pada masa hadapan.

DEFTECH dan DSSB merakamkan penghargaan kepada delegasi ATLA atas kunjungan ini.

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAHSeluruh warga DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) merakamkan ucapan takziah kep...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAH

Seluruh warga DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali atas pemergian beliau pada 28 September 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kekhilafan beliau serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.
Al-Fatihah.

🇲🇾 TUAH tampil di majlis pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber!Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH), platform auton...
19/09/2026

🇲🇾 TUAH tampil di majlis pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber!

Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH), platform autonomi maju yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), edge intelligence dan sistem kawalan berpusat, dipamerkan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

TUAH hasil kerjasama strategik DEFTECH dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). DEFTECH menyumbang kepakaran dalam keperluan ketenteraan, reka bentuk mekanikal dan fabrikasi, manakala UMPSA dalam sistem autonomi, perisian dan robotik.
Pembangunannya turut disokong Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) 2025 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bernilai RM1.4 juta, melalui projek "AEROGROUND" yang meneroka robot autonomi aero-darat untuk pengawasan dan peninjauan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin.
💪
📸 Kredit foto: Khairu Aidilnishah Rizan

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia & Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93 🎖️16 September menandakan detik bersejarah penubuhan Mal...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia & Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93 🎖️

16 September menandakan detik bersejarah penubuhan Malaysia, sekali gus meraikan pengorbanan dan dedikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara.

DEFTECH ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ATM atas komitmen dan keberanian menjaga keamanan negara. Sebagai rakan strategik industri pertahanan, kami terus komited melahirkan platform pertahanan bertaraf dunia demi memperkasa keupayaan ATM.

Bersama kita raikan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada Malaysia tercinta! 🇲🇾

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾Genap 69 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan! DEFTECH (DRB-HICOM Defence Technology...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾
Genap 69 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan! DEFTECH (DRB-HICOM Defence Technology Sdn. Bhd.) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syukur kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Sebagai peneraju industri teknologi pertahanan negara, kami sentiasa komited memperkasakan keupayaan pertahanan dan keselamatan negara
demi Malaysia yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Marilah kita terus bersatu padu memperkukuh semangat kebangsaan!
SELAMAT HARI KEBANGSAAN!

MALAYSIA MADANI, RAKYAT DISANTUNI

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Bangga menjadi anak Malaysia! 🇲🇾❤️Selamat Hari Kebangsaan dari kami, warg...
28/08/2026

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Bangga menjadi anak Malaysia! 🇲🇾❤️
Selamat Hari Kebangsaan dari kami, warga kerja DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH)!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita masih dapat menghirup udara kemerdekaan yang bebas dan aman. Marilah kita sama-sama menghayati semangat perpaduan dan patriotisme, meneruskan legasi juang para pahlawan yang telah berkorban demi kedaulatan negara tercinta.

Di DEFTECH, kami sentiasa komited untuk terus menyumbang ke arah memperkasa pertahanan dan keselamatan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

🇲🇾 DEFTECH bersama UMPSA sambut lawatan YB Menteri Pendidikan TinggiDRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) a...
27/08/2026

🇲🇾 DEFTECH bersama UMPSA sambut lawatan YB Menteri Pendidikan Tinggi
DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) akan turut serta dalam sesi lawatan rasmi YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Pekan.

Lawatan ini mengetengahkan kerjasama strategik antara UMPSA dan DEFTECH dalam pembangunan Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH) serta teknologi mobiliti autonomi — mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam menterjemahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada aplikasi sebenar yang memberi impak kepada industri pertahanan negara.

📍 UMPSA Kampus Pekan, Pahang
📅 Khamis, 27 Ogos 2026
"MALAYSIA MADANI"


Address

Lot 26, Jalan Pengapit 15/19, Section 15
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:45
Tuesday 08:30 - 17:45
Wednesday 08:30 - 17:45
Thursday 08:30 - 17:45
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 17:45

Telephone

+60355228800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DRB-HICOM Defence Technologies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share