26/10/2026
𝗔𝗛𝗡 𝗩𝗲𝗿𝘁𝗲𝘅 𝗱𝗶 𝗛𝗣𝗧𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀
AHN Vertex Sdn. Bhd. telah menyertai 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗛𝗣𝗧𝗡) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 sebagai pempamer pada 24 Oktober 2026, bertempat di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis.
Penganjuran ini turut berlangsung bersama 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 𝗖𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝘂𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗪𝗲𝗲𝗸 (𝗣𝗖𝗪) 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝟯𝗦𝗖, sekali gus menghimpunkan pelbagai pihak dalam ekosistem pembinaan dan teknikal di bawah satu platform.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua pengunjung yang singgah ke reruai AHN Vertex, khususnya 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗿𝘄𝗮𝗻, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, serta 𝗜𝗿. 𝗡𝗼𝗿𝗶𝗸𝗵𝘄𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻, Pengarah JKR Perlis, bersama delegasi atas kunjungan ke reruai kami. Semoga platform ini terus membuka ruang kepada perkongsian idea dan kerjasama yang bermanfaat untuk industri.
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
Hari Profesion Teknikal Negara