08/10/2023
Semuanya di panggil 'Mozek'. Rupa²nya ianya tidak begitu. Ada beza sebenarnya. Ada beza antara Mozek, Jubin, dan juga marmar.
Dan bukan semuanya sesuai dipasang di indoor atau outdoor.
Ada sesetengahnya hanya sesuai dipasang di indoor iaitu di dalam rumah dan ada juga yang hanya sesuai dipasang di luar rumah.
Saiznya p**a ada pelbagai.ada yang sekadar 2 x 2, dan ada juga sehingga 4 x 8 dan mungkin juga lebih dari itu.
1️⃣Mozek : Dibuat dan diletakkan pada permukaan kertas atau jaring bebenang supaya berkeping² dalam ukuran tertentu.
2️⃣Jubin - Terbahagi kepada dua iaitu :
▪︎Jubin Seramik : Diperbuat daripada tanah liat terpilih yang dibancuh dan diletakkan dalam acuan untuk dijadikan kepingan mengikut saiz tertentu. Seterusnya ia diletakkan bahan kilat (glaze) atau separa kilat (Semi glaze) pada permukaannya. Merupakan jubin yang lebih rapuh dan tidak terlalu kuat.
▪︎Jubin 'Homogenous' (Heavy Duty)
- Merupakan jubin yang paling kuat dan digunakan pada tempat yang memerlukan kekuatan seperti tempat letak kereta, ruang² legar atau pejalan kaki dan lain². Diperbuat daripada campuran batu yang terpilih. Antara jenis 'heavy duty' adalah jenis 'Porselin' dan juga 'granite'.
3️⃣Marmar (Marble) : Diperolehi dari batu² asli yang didapati daripada bukit² dalam pelbagai warna. Ada dua jenis iaitu 'square marble' dan 'broken marble'. Ianya merupakan kemasan mewah yang sering digunakan oleh lobi² hotel, ruang legar pasaraya, dan sebagainya.
Simen gam atau lebih dikenali juga sebagai 'Tile Adhesive' ada dua jenis. Ada yang warna 'dark grey' dan ada juga yang berwarna putih.
Jenama yamg digunakan untuk ini adalah 'Super Jumbo' - Super 828 (Standard Tile Adhesive). Berkapasiti 25 kg untuk satu bag.
Sesuai untuk kegunaan di kawasan dinding dan juga lantai. Internal or External area.
Nak guna simen biasa pun boleh juga. Tetapi ketahanan kekuatan lekapannya mungkin berbeza.
Begitu juga campuran yang digunakan sebagai bahan pelekat.
Nak guna air pun boleh, tetapi daya ketahanannya sangat berbeza.
Suggest untuk guna 'Latex' atau lebih dikenali sebagai 'Liquid Additives' jenama 'Super Jumbo'. Berkapasiti 18 liter untuk satu botol besar. Ia sangat berkualiti.
~Pena Angkasa~
05 Okt 2023 | PERHEBAT