BersamaSepang

BersamaSepang BERSAMA diasaskan oleh sekump**an rakyat biasa yang bukan ahli politik. Selama sedekad, BERSAMA dipimpin oleh rakyat biasa.

Tekad pimpin bersama ini menjadi pedoman dan inspirasi, supaya BERSAMA setia kepada prinsip dan idea, bukan tokoh individu. Malaysia adalah sebuah negara bersaiz kecil tetapi berpotensi besar di persada dunia. Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara besar yang ada pengaruh dan tekanan. Malaysia perlu menjadi seperti kancil, yang pandai menggunakan akal dan bijaksana menangani konflik.

Nak jadi calon pilihan raya zaman sekarang mungkin dah bukan zaman bawa fail tebal, print CV 200 muka surat atau tunggu ...
24/05/2026

Nak jadi calon pilihan raya zaman sekarang mungkin dah bukan zaman bawa fail tebal, print CV 200 muka surat atau tunggu “wahyu” daripada ketua kawasan/cabang atau pengerusi negeri.

Sekarang mungkin dah masuk era interview macam startup.

Dalam podcast Yang Berhenti Menteri Episod 49, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi dedahkan Parti Bersama bakal guna sistem digital dan teknologi ala startup untuk tapis calon pilihan raya.

Pendek kata, proses dia memang lain daripada parti politik tradisional.

Menurut penjelasan yang dikongsikan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi, sesiapa yang mahu menawarkan diri sebagai calon Parti Bersama nanti perlu melalui sistem digital khas menggunakan aplikasi dan platform dalam talian.

Antara proses utama yang akan digunakan ialah rakaman video kendiri.

Bakal calon perlu merakam video memperkenalkan diri secara rasmi, kemudian menjawab beberapa soalan temuduga yang dikendalikan secara automatik oleh sistem atau “machine”.

Bukan setakat itu.

Sistem tersebut juga akan menguji kemampuan seseorang untuk bercakap dan menyampaikan ucapan bagi melihat potensi kepimpinan serta kebolehan berkomunikasi dengan rakyat.

Dalam bahasa mudah, macam gabungan interview kerja startup, AI screening dan tapisan politik sekali jalan.

Menurut Rafizi Ramli, pendekatan ini dibuat kerana Parti Bersama tidak mahu terperangkap dengan birokrasi lama yang terlalu lambat dan rumit.

Katanya, lebih mudah menggunakan sistem digital berbanding perlu menyemak ribuan resume tebal secara manual seperti budaya politik tradisional.

Selain itu, semua calon juga akan melalui proses tapisan integriti yang ketat.

Kalau ada rekod penipuan, scam atau isu moral serius, calon tersebut boleh digugurkan terus walaupun sudah berada dalam senarai awal.

Menariknya, Parti Bersama juga akan menggunakan aplikasi Kancil untuk memantau ahli-ahli parti secara berpusat.

Melalui aplikasi itu, pihak pengurusan boleh melihat siapa yang benar-benar aktif bekerja di lapangan, rajin buat kandungan media sosial, kuat berkempen dan mempunyai idealisme yang konsisten.

Maksudnya, bukan sekadar pandai bodek ketua kawasan atau kuat politik dalaman.

Prestasi dan kerja sebenar akan direkodkan melalui sistem.

Calon yang dikenal pasti nanti p**a akan dipadankan dengan kawasan tertentu berdasarkan kekuatan jentera dan data penerimaan pengundi sebelum diumumkan secara rasmi.

Apa yang cuba dibuat oleh BERSAMA sebenarnya ialah mengelakkan budaya perebutan jawatan bahagian dan cawangan yang selama ini sering menjadi punca pergaduhan dalam parti politik.

Mereka mahu calon dipilih berdasarkan kemampuan sebenar untuk menang dan bekerja, bukan sebab pengaruh dalaman.

Pendaftaran untuk rakyat menawarkan diri sebagai calon dijangka dibuka pada awal Jun.

Manakala kump**an pertama calon berpotensi p**a dijangka mula diumumkan sekitar penghujung Jun nanti.

Jujur cakap, kalau sistem ini benar-benar menjadi, mungkin inilah kali pertama politik Malaysia guna model tapisan calon yang betul-betul berasaskan teknologi dan data secara besar-besaran.

Daftar ahli Parti BERSAMA di bersama.org

Peluang terbuka ...nak jadi calun sepangKena mulakan gerak kerja dan program dari sekarang...
24/05/2026

Peluang terbuka ...nak jadi calun sepang
Kena mulakan gerak kerja dan program
dari sekarang...

Dulu bukan main depa suruh orang keluar parti.Macam-macam depa tuduh… kata pengkhianat la, gila kuasa la, tak dapat jawa...
23/05/2026

Dulu bukan main depa suruh orang keluar parti.
Macam-macam depa tuduh… kata pengkhianat la, gila kuasa la, tak dapat jawatan la.

Siap sembang konon parti masih kuat, hangpa keluar tak effect apa pun.

Tapi la ni rakyat boleh nampak sendiri.
Bukan sorang dua yang cabut.

Sikit-sikit jadi ramai.
Kump**an demi kump**an.

Akhirnya makin ramai dok pi sertai Parti BERSAMA.

Kalau dulu depa kata orang yang keluar ni bermasalah,
la ni bila dah makin ramai ikut langkah sama, orang pun mula tanya.

Hangpa ni dok salahkan orang ja… tapi pernah tak cek balik apa yang rosak dalam parti sendiri?

Rakyat la ni bukan macam dulu dah.

Depa tengok siapa yang masih sibuk rebut kerusi dan jawatan,

dan siapa yang berani tinggal semua tu sebab nak lawan demi masa depan rakyat.

Parti BERSAMA ni p**ak dok bawa suara baru.

Cakap pasai kos hidup rakyat, peluang kerja, bantuan yang telus, pendidikan, dan perubahan yang orang bawah memang tunggu lama dah.

Bak kata orang Penang:

“Kalau seekor dua ikan lompat keluar kolam, mungkin ikan tu yang tak betoi… tapi kalau satu kolam dok lompat habih, jangan dok syok sendiri kata kolam masih elok.

Barisan Rakyat Suara Malaysia

Jom daftar sekarang ..

Daftar PARTI BERSAMA MALAYSIA
www.bersama.org

Parti Bersama Malaysia (Bersama) kini tampil dengan mesej paling berani apabila mengumumkan mereka bersedia menentang se...
23/05/2026

Parti Bersama Malaysia (Bersama) kini tampil dengan mesej paling berani apabila mengumumkan mereka bersedia menentang semua blok politik utama negara termasuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan tegas Nik Nazmi Nik Ahmad itu sekali gus memberi isyarat bahawa Bersama bukan sekadar parti serpihan biasa, tetapi mahu muncul sebagai kuasa baharu yang mencabar keseluruhan landskap politik lama negara.

Menurut Nik Nazmi, Bersama tidak akan menyertai mana-mana gabungan besar kerana parti itu mahu menawarkan pilihan alternatif sebenar kepada rakyat.

Beliau menegaskan Bersama hadir untuk mengubah budaya politik lama yang disifatkan terlalu banyak kompromi demi kuasa sehingga mengorbankan prinsip perjuangan.

Kenyataan tersebut terus mencetuskan perdebatan hangat kerana ramai melihat langkah itu sebagai cabaran terbuka terhadap dominasi PH, BN dan PN menjelang pilihan raya akan datang.

Pengumuman tersebut turut menguatkan lagi spekulasi bahawa Bersama bakal menjadi ‘pengacau besar’ dalam banyak kerusi tradisi parti utama, terutama di kawasan bandar dan separa bandar.

Ramai penganalisis percaya walaupun Bersama mungkin tidak menyerang PH secara keseluruhan, parti itu berpotensi memberi kesan besar terhadap sokongan reformasi yang sebelum ini menjadi kekuatan utama PKR dan PH.

Tambahan p**a hubungan Rafizi Ramli dengan kelompok pengundi muda dan progresif masih dianggap kuat di beberapa kawasan strategik.

Perkembangan ini juga membuka ruang kepada kemungkinan penjajaran politik baharu apabila timbul dakwaan wujud perbincangan awal antara Bersama dan Muda mengenai potensi kerjasama politik.

Jika gabungan itu menjadi kenyataan, ia boleh mencipta gelombang baharu dalam politik anak muda serta menjadi cabaran besar kepada parti-parti tradisional.

Dalam masa sama, kemunculan Bersama kini dilihat semakin serius dan bukan lagi sekadar eksperimen politik sementara.

Laporan Perkembangan Parti BERSAMA (sehingga 23 Mei 2026)Perkembangan Parti BERSAMA kini mula menunjukkan pembentukan se...
22/05/2026

Laporan Perkembangan Parti BERSAMA (sehingga 23 Mei 2026)

Perkembangan Parti BERSAMA kini mula menunjukkan pembentukan sebuah gerakan politik baharu yang mempunyai asas sokongan lebih luas dan tersusun. Berdasarkan data terkini yang dikemaskini, jumlah ahli telah mencecah sekitar 18,000 orang dan dijangka menghampiri 20,000 menjelang hujung minggu sebagaimana disebut oleh Rafizi Ramli.

Apa yang paling menarik ialah komposisi kaum dan generasi ahli yang mula memperlihatkan perubahan besar dalam landskap politik semasa.
Komposisi Kaum: Melayu Menjadi Teras Utama

Data terkini menunjukkan struktur keahlian Parti BERSAMA adalah:

Melayu – 62%
Cina – 15%
India – 14%
Bumiputera Sabah & Sarawak – 4%

Komposisi ini sangat penting kerana ia menolak persepsi awal bahawa BERSAMA hanya mendapat sambutan daripada pengundi bandar bukan Melayu. Sebaliknya, majoriti ahli kini terdiri daripada orang Melayu, termasuk penyertaan daripada bekas ahli dan penyokong:

PAS,
UMNO,
AMANAH,
PKR.

Kemasukan kelompok Melayu daripada parti-parti tradisional ini memberi gambaran bahawa wujud segmen pengundi Melayu yang sedang mencari platform politik baharu yang lebih segar, tersusun dan kurang dipenuhi budaya politik lama.

Dalam masa yang sama, penyertaan masyarakat Cina dan India yang masih signifikan menunjukkan BERSAMA berpotensi menjadi parti berbilang kaum dengan dominasi Melayu sederhana — satu model yang agak berbeza daripada parti-parti sedia ada.

PKR Menjadi Sumber Perpindahan Ahli Terbesar

Sebanyak 29% ahli BERSAMA dilaporkan berasal daripada PKR, menjadikan PKR sumber penghijrahan terbesar ke dalam parti baharu tersebut.

Selain faktor hubungan lama reformasi, perkara ini juga menunjukkan:

terdapat kekecewaan terhadap struktur dalaman parti lama,
keletihan terhadap konflik dalaman politik,
dan minat terhadap pendekatan organisasi baharu yang lebih sistematik.

Turut menarik perhatian ialah peningkatan kemasukan ahli Melayu daripada PAS dan UMNO, sesuatu yang sebelum ini agak sukar dicapai oleh parti-parti reformis pelbagai kaum.

Majoriti Ahli Adalah Generasi Milenial

Dari sudut umur, kekuatan utama BERSAMA datang daripada generasi milenial.

Pecahan utama:

Milenial / kelompok 40-an – 41%
Gen X – 36%
Gen Z – 7%
Boomers – 6%

Ini menunjukkan parti lebih banyak disokong oleh:

golongan bekerja,
profesional,
penjawat swasta,
usahawan kecil,
dan kelompok matang yang aktif dalam ekonomi negara.

Berbanding parti lama yang banyak bergantung kepada struktur veteran, BERSAMA nampaknya sedang membina kekuatan dalam kelompok pertengahan usia yang masih aktif dan produktif.

Namun begitu, cabaran utama selepas ini ialah memperluaskan pengaruh dalam kalangan Gen Z kerana kelompok muda akan menjadi pengundi paling besar dalam jangka panjang.

Selangor Menjadi Pusat Kekuatan Awal

Kawasan dengan pertumbuhan ahli paling tinggi ialah:

Shah Alam
Hulu Langat
Bangi
Petaling Jaya
Sepang

Diikuti kawasan lain seperti:

Johor Bahru
Seremban

Susunan negeri p**a menunjukkan Selangor kekal sebagai pusat utama perkembangan BERSAMA sebelum merebak ke:

Wilayah Persekutuan,
Johor,
Sabah,
Negeri Sembilan,
Perak,
Pulau Pinang,
Melaka,
Kedah,
Terengganu,
Kelantan,
Perlis,
dan Sarawak.

Corak ini menunjukkan BERSAMA ketika ini berkembang paling kuat di kawasan bandar dan semi bandar yang mempunyai kelas menengah Melayu yang besar.

Model Parti Tanpa Cabang atau Bahagian

Antara pembaharuan terbesar Parti BERSAMA ialah keputusan untuk tidak mewujudkan:

cabang,
cawangan,
atau bahagian tradisional.

Sebaliknya, parti akan menggunakan:

wakil negeri,
sistem pemantauan digital,
dan mekanisme penilaian prestasi.

Pendekatan ini dipercayai bertujuan mengelakkan:

politik klik,
perebutan jawatan dalaman,
budaya warlord,
dan kelemahan struktur lama yang sering melumpuhkan parti politik besar.

Sistem pemantauan bakal calon yang diumumkan juga dianggap sebagai usaha memastikan semua calon benar-benar bekerja dan dinilai berdasarkan komitmen sebenar, bukan sekadar pengaruh dalaman.

Bakal Calon Akan Mula Didaftarkan

Parti dijangka membuka pendaftaran awal bakal calon dalam tempoh dua minggu akan datang.

Langkah ini menunjukkan bahawa BERSAMA bukan lagi sekadar gerakan idea atau platform media sosial, tetapi sedang bergerak ke arah persediaan organisasi pilihan raya yang lebih serius.

Jika sistem penilaian calon benar-benar telus dan berasaskan kerja lapangan, ia boleh menjadi antara eksperimen politik paling menarik dalam politik Malaysia moden.

Parti BERSAMA kini sedang membentuk identiti sebagai:

parti majoriti Melayu tetapi pelbagai kaum,
berorientasikan sistem dan teknologi,
menolak budaya politik warlord,
dan cuba membawa pendekatan organisasi yang lebih moden.

Kekuatan utamanya ketika ini ialah:

pertumbuhan ahli yang pantas,
dominasi generasi milenial,
sokongan kelas pertengahan bandar,
dan kemasukan ahli daripada pelbagai parti politik lama.

Cabaran terbesar selepas ini ialah:

1. memperkukuh akar umbi luar bandar,
2. menarik lebih ramai Gen Z,
3. dan membuktikan model tanpa cabang mampu bertahan apabila parti semakin besar.

Namun berdasarkan perkembangan semasa, Parti BERSAMA kini mula muncul sebagai salah satu eksperimen politik baharu paling signifikan dalam landskap politik Malaysia pasca reformasi.

22/05/2026

Info info .....
Keahlian parti Bersama sudah melepasi 18000 insya allah minggu depan kita boleh mencapai 20000 keahlian 💛

22/05/2026

Pendaftaran terbanyak ikut kawasan
1.Shah Alam 2 Hulu Langat 3.Bangi
4.PJ. 5.Sepang

Alangkah hinanya manusia yang dahulunya ketika tidak mempunyai kuasa & apa-apa, dia melaungkan REFORMASI & KEADILAN. NAM...
22/05/2026

Alangkah hinanya manusia yang dahulunya ketika tidak mempunyai kuasa & apa-apa, dia melaungkan REFORMASI & KEADILAN.

NAMUN…

Tatkala kuasa & kunci perbendaharaan berada di dalam genggamam tangannya, dia lupa akan segala perjuangan yang pernah di laungkannya dahulu.

Celakalah manusia yang menzalimi rakyat.

Kejadian yang menimpa YB Wong Chen ini adalah hasil betapa koyaknya Anwar Ibrahim ketika ini.

Tapi kamu jangan ingat, dengan apa yang kamu lakukan ini kami berhenti bersuara dan berhenti melawan.

Rakyat keseluruhannya menyaksikan tatakelaut yang kamu zahirkan ini & kami akan terus melawan.

SURAT RAFIZI KEPADA ANWAR (2 FEB 2019)“The Ball is in your Court” → “Bola Kini di Gelanggang Anda”Saya tidak lagi peduli...
22/05/2026

SURAT RAFIZI KEPADA ANWAR (2 FEB 2019)

“The Ball is in your Court” → “Bola Kini di Gelanggang Anda”

Saya tidak lagi peduli kenapa dan bagaimana anda bertindak dengan cara tertentu. Saya telah berhenti sepenuhnya daripada memberi anda sebarang nasihat. Saya tidak fikir anda akan berubah.

Apa yang tinggal untuk saya ialah mengejar takdir saya sendiri dan melaksanakan tanggungjawab saya.

Saya sedang menuju kepada satu kejayaan besar dalam apa jua yang saya lakukan. Bukan saya bergantung kepada parti untuk berjaya, tetapi lebih kepada parti akan mendapat manfaat jika saya berjaya.

Itu meninggalkan saya dengan dua lagi tanggungjawab: kepada negara dan kepada orang-orang dalam parti yang bergantung kepada saya.

Saya telah mengumpulkan satu pasukan 12 orang, kebanyakannya teknokrat dari Oxbridge dan minda terbaik dalam lingkungan saya. Saya sendiri akan mengetuai pasukan itu, dengan penyelarasan bersama Dr Rahim Ghouse.

Kami akan menyediakan pelan lengkap untuk anda menjadi Perdana Menteri, merangkumi A hingga Z tentang apa yang perlu dilakukan.

Ia adalah satu pelan tindakan yang akan membantu menjadikan anda Perdana Menteri reformis terbaik, jika anda mahu melaksanakan dan mengikut nasihatnya.

Bersendirian, pasukan anda sekarang tidak mampu melakukan perkara seperti ini. Saya rasa tidak produktif lagi untuk duduk berbincang dengan anda mengenai dasar kerana anda nampaknya tidak lagi mempunyai kesabaran atau minat (selain politik percaturan kuasa).

Apabila pasukan ini menyerahkannya kepada anda (dijangka Jun 2019), saya akan menganggap tanggungjawab saya kepada negara telah selesai.

Cara tepat bagaimana anda mahu menanganinya, terp**ang kepada anda. Lagipun, ini bukan kali pertama anda mengetepikan nasihat saya kerana anda lebih mengutamakan kepentingan politik (berbanding mengekalkan orang baik di sekeliling anda).

Pada tahun 2016, saya merayu kepada anda supaya menyingkirkan Sivarasa daripada Biro Politik, jika tidak saya tidak mampu lagi terlibat kerana dia adalah “racun” (dia sentiasa berbohong dan melakukan kerja Azmin untuk mensabotaj segala-galanya). Saya juga memberitahu anda dia mengambil wang.

Anda memilih Siva dan Azmin, dan anda langsung tidak membalas rayuan saya.

Anda bernasib baik kerana saya menerima penghinaan itu dan terus menubuhkan INVOKE untuk menghargai orang-orang jujur dalam parti.

Jika saya mengambil jalan berbeza (dan ketika itu saya memang tergoda), dan meninggalkan semuanya, anda mungkin masih berada di penjara.

Jadi teruskan letakkan pertaruhan anda kepada Farhash, Xavier, Edmund, Tinagaran dan sebagainya. Teruskan pendekatan politik anda. Ia tidak lagi mengganggu saya. Saya telah menerima diri anda seadanya.

Saya hanya berdoa agar anda memikirkan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada anda. Bahawa anda akan menjadi Perdana Menteri reformis.

Bahawa anda akan menjaga golongan tertindas. Bahawa anda akan mempunyai keberanian moral untuk bertindak melangkaui kepentingan politik.

Itulah Anwar Ibrahim yang memberi inspirasi kepada kami 20 tahun dahulu. Dalam tempoh 20 tahun lalu, saya telah melakukan segala yang termampu untuk membantu anda menghampiri jawatan Perdana Menteri.

Sekarang apabila anda paling hampir kepada ujian sebenar kepimpinan, bola kini berada di gelanggang anda.

“My Options” → “Pilihan Saya”

Anda tidak pernah melihat orang kanan terdekat anda dengan penuh hormat. Anda tidak pernah melayan kami sebagai rakan kongsi, apatah lagi memahami kemampuan kami.

Dalam tempoh seminggu selepas surat ini, saya akan melancarkan satu sistem kecerdasan buatan (AI) yang boleh belajar bagaimana menilai pencari kerja dan mencadangkan calon yang sesuai untuk sesuatu jawatan.

“Robot” itu (melalui sistem berasaskan web) akan menemu duga calon, menilai jawapan calon, membuat profil personaliti calon dan membandingkan rekod akademik serta pengalaman kerja calon dengan pop**asi lain.

Hasilnya, “robot” itu akan terus membangunkan AI untuk membaca kesesuaian seseorang terhadap pekerjaan sehingga akhirnya ia mampu menyerupai perekrut manusia.

Apa yang anda tidak tahu ialah ini: saya berada di ambang satu kejayaan besar yang akan membawa saya melangkaui Malaysia. Jika berjaya secara komersial, saya akan mengubah dunia modal insan sepenuhnya.

Kami akan berada di Singapura, Australia, India dan negara-negara berbahasa Inggeris lain dalam tempoh satu atau dua tahun.

Dalam tempoh setahun, nilai INVOKE dijangka mencecah sekurang-kurangnya RM50 juta. Saya yakin dalam setahun lagi ia akan melebihi RM100 juta, dan dalam tempoh lima tahun kami akan mencapai nilai RM1 bilion. Saya memiliki 100% saham INVOKE.

Saya sedang berada di atas “lubuk emas” dan di ambang kejayaan perusahaan sosial yang menjadikan Malaysia terlalu kecil untuk saya.

Saya juga akan melancarkan Koperasi Inisiatif Rakyat (KIRA), yang memberi fokus kepada pembiayaan patuh syariah berasaskan ekuiti untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kami berharap dapat mencapai apa yang bank Islam gagal capai meninggalkan elemen hutang dan mengamalkan pembiayaan berasaskan ekuiti sepenuhnya.

Dalam tempoh 10 tahun, saya yakin kami akan menjadi institusi kewangan berasaskan ekuiti utama dengan aset yang menjana berbilion aktiviti ekonomi setiap tahun.

Anda mungkin menganggap ini sebagai kesombongan saya. Tetapi saya telah berkali-kali membuktikan bahawa saya mampu melaksanakan apa yang saya rancang, walaupun ramai mengkritik saya pada awalnya.

Kini Rafizi terus berjuang BERSAMA rakyat. Jika anda like, share, komen maka ia akan tersebar kepada jutaan rakyat Malaysia. Usaha Rakyat BERSAMA. 💪

Address

Seksyen 10
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+601113072126

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BersamaSepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BersamaSepang:

Share