30/09/2026
🏆 WE’VE DONE IT — WEC NATIONAL 2026! 🚀🇲🇾
Setelah berbulan-bulan membuat persiapan, melalui pelbagai cabaran dan pertandingan di peringkat negeri, akhirnya WEC National 2026 menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari 7 negeri di pentas kebangsaan! 💻🤖
Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis, Selangor, Johor dan Sarawak — tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya sampai ke peringkat ini! 👏
Sepanjang pertandingan, kami menyaksikan ketekunan, semangat juang dan usaha yang luar biasa daripada setiap pasukan. Ada cabaran yang perlu diselesaikan, strategi yang perlu diubah dan percubaan yang perlu dibuat berulang kali. Namun, para murid terus mencuba dan memberikan yang terbaik sehingga ke penghujung pertandingan. 💪✨
🚀 WEC National 2026 juga menyaksikan pengenalan kategori AlphaPi Ultra buat pertama kalinya! Kami sangat teruja melihat para peserta berani mencuba sesuatu yang baharu dan begitu bersemangat untuk menghadapi cabaran ini.
🏆 Tahniah kepada semua pemenang WEC National 2026!
Bagi pasukan yang belum berjaya kali ini, jangan berkecil hati. Setiap cabaran, kesilapan dan percubaan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Teruskan berlatih dan kembali lebih kuat pada masa akan datang! ❤️💪
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah, guru, murid dan ibu bapa, serta Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan WEC. 🙌
Bagi kami, WEC bukan sekadar tentang pertandingan dan kemenangan. Ia merupakan ruang untuk murid mencuba, meneroka, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan belajar melalui pengalaman sebenar.
Usaha ini turut menyokong aspirasi Dasar Pendidikan Digital KPM, khususnya melalui Teras 1: Murid Fasih Digital, Teras 2: Pendidik Kompeten Digital dan Teras 6: Rakan Strategik yang Komited — dengan murid membina kemahiran digital, guru membimbing pembelajaran dan rakan strategik bekerjasama bersama sekolah serta pihak berkepentingan.
WEC National 2026 mungkin telah melabuhkan tirai, tetapi perjalanan pembelajaran diteruskan. 🚀
Tahniah kepada semua, dan sehingga bertemu lagi di WEC National yang akan datang! 🏆🇲🇾
📸 Nak melihat atau menyimpan gambar-gambar sepanjang WEC National 2026? Akses koleksi foto kami di Google Drive di sini:
https://drive.google.com/drive/folders/1ImXHF0-zILSHQHe-cEde0aqfjZhimdhC?usp=sharing