Pintas Utama Sdn Bhd

Pintas Utama Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pintas Utama Sdn Bhd, Construction Company, Shah Alam.

SOC 2026 - Hari KeduaSOC diteruskan penuh gemilang,Idea dikongsi membuka ruang,Hubungan dibina makin berkembang,Demi inf...
07/05/2026

SOC 2026 - Hari Kedua

SOC diteruskan penuh gemilang,
Idea dikongsi membuka ruang,
Hubungan dibina makin berkembang,
Demi infrastruktur terus cemerlang. ✨

Pintas Utama berbesar hati berkongsi pentas bersama YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja...
06/05/2026

Pintas Utama berbesar hati berkongsi pentas bersama YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia (TMKR) sempena SOC JKR 2026 serta menerima Sijil Penghargaan sebagai Pempamer Diamond.

Turut menjadi satu penghormatan buat Pintas Utama apabila TMKR berkesempatan melawat reruai Pintas Utama Sdn Bhd bersama YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan reruai Pintas Utama.

Bertemakan 'RESILIENCE, ADAPTATION AND SUSTAINABLE SLOPE', International Conference on Slope (ICOS) 2026 bakal membuka t...
03/04/2026

Bertemakan 'RESILIENCE, ADAPTATION AND SUSTAINABLE SLOPE', International Conference on Slope (ICOS) 2026 bakal membuka tirai kurang dari 25 hari lagi.

Hari ini telah berlangsungnya Majlis Prapelancaran ICOS 2026 di Menara Kerja Raya dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Dato' Ir. Marhalim Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama turut menyerahkan replika cek simbolik sebagai rakan strategik ICOS 2026.

Ayuh hadir dan memeriahkan lagi ICOS 2026 yang akan diadakan pada 29-30 April 2026 bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

"Ya Allah, terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan matahari-Mu selamanya b...
06/03/2026

"Ya Allah, terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan matahari-Mu selamanya berkat rahmat-Mu wahai Zat yang paling mengasihi."

Pintas Utama ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.
Semoga kita sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. 🌙📖

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima b...
05/03/2026

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3 juta daripada syarikat korporat, Pintas Utama Sdn Bhd pada Majlis Berbuka Puasa Raja Muda Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah.

Pintas Utama akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan pelbagai inisiatif kebajikan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memberi impak positif kepada masyarakat kerana Pintas Utama percaya setiap rezeki yang dikurniakan, terdapat hak mereka yang memerlukan.

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah melawat ke tapak runtuhan cerun FT185 Seksyen 107.60, Daera...
02/02/2026

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah melawat ke tapak runtuhan cerun FT185 Seksyen 107.60, Daerah Gua Musang, Kelantan diiringi YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama YBrs. Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Infra) Jabatan Kerja Raya.

Turut hadir Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Tuan Ir. Mohd Syaifuddin Abd. Razak.
Cerun yang runtuh pada 1 December 2025 itu dijangka siap September 2027.

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap di JKR Daerah Kinta bagi Kerja Pembaikan Cerun Menggunakan Kaedah “Rubbl...
09/01/2026

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap di JKR Daerah Kinta bagi Kerja Pembaikan Cerun Menggunakan Kaedah “Rubble Wall” Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Laluan FT317 Seksyen 4.20, Jalan Bukit Kledang, Kinta, Perak.

Penyerahan ini mencerminkan komitmen berterusan Pintas Utama dalam memastikan penglibatan yang konsisten serta pelaksanaan kerja-kerja pembaikan cerun yang berkualiti dan tepat Waktu.

Pintas Utama berbesar hati menghadiri Majlis Penyerahan Projek Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan & Jalan Negeri...
08/01/2026

Pintas Utama berbesar hati menghadiri Majlis Penyerahan Projek Penyelenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan & Jalan Negeri Daerah Jelebu (Arahan Kerja 2025) yang berlangsung di Dataran Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Majlis dihadiri oleh wakil Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC JKR), Puan Ir. Rohaida Rashid, Jurutera Awam Penguasa Jalan Negeri Sembilan, En. Shahrul Nizam Siajam serta Jurutera Daerah Jelebu, Ir. Syamsulamri Mohd Ishak.

Wakil Pintas Utama telah menandatangani dokumen serahan seterusnya diserahkan kepada Jurutera Daerah Jelebu dan kemudian disampaikan kepada wakil CKC JKR.

Penyerahan projek cerun ini membuktikan komitmen semua pihak dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya serta memastikan infrastruktur cerun negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pintas Utama berbesar hati menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Kerja-Kerja Membaik Pulih Tanah R...
07/01/2026

Pintas Utama berbesar hati menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Kerja-Kerja Membaik Pulih Tanah Runtuh (Cerun) yang telah diadakan di Aras M, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR Malaysia, Tuan Ir. Mohd Shaifuddin Abdul Razak.

Sebagai kontraktor yang telah dilantik Pintas Utama komited untuk menyiapkan projek ini mengikut kos dan masa yang telah ditetapkan dengan kualiti yang cemerlang.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama a...
15/12/2025

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama atas komitmen dan sokongan yang diberikan kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Serahan itu telah dilaksanakan sempena Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-46 PKMM.

Pintas Utama berbesar hati dan memberi sepenuh sokongan serta kerjasama demi kemajuan para kontraktor dalam industri.

Daulat TuankuWarga kerja Pintas Utama merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada DYMM Sultan Sharafu...
11/12/2025

Daulat Tuanku

Warga kerja Pintas Utama merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta Segala Daerah Takluknya sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Tuanku.

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku dengan penuh kedaulatan serta Negeri Selangor akan bertambah maju dan gemilang di bawah naungan Tuanku dengan izin Allah S.W.T

Address

Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pintas Utama Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share