Nasdeem Ventures Sdn. Bhd.

Directions Website

Nasdeem Ventures Sdn. Bhd. Scheduled Waste Management
Petroleum Product Wholesaler
Commodity Trading
Transportation & Bunkering

Tiada siapa yang terus mahir sejak pertama kali melangkah. Setiap kemahiran dibina melalui usaha, pengalaman, kesabaran ...
18/09/2026

Tiada siapa yang terus mahir sejak pertama kali melangkah. Setiap kemahiran dibina melalui usaha, pengalaman, kesabaran dan keinginan untuk terus belajar 🍃

Jangan takut untuk bermula, jangan malu untuk belajar, dan jangan mudah berputus asa. Kerana dengan usaha yang berterusan, sesuatu yang belum sempurna hari ini mampu menjadi luar biasa pada masa hadapan ✨

🚢 PENAMBAHAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN MARIN NASDEEMNasdeem Ventures Sdn. Bhd. kini memperluaskan perkhidmatan kami deng...
17/09/2026

🚢 PENAMBAHAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN MARIN NASDEEM

Nasdeem Ventures Sdn. Bhd. kini memperluaskan perkhidmatan kami dengan penambahan Perkhidmatan Pengangkutan Tugboat dan Barge.

Ini merupakan satu pencapaian bermakna buat Nasdeem kerana ia adalah kapal pertama dalam usaha kami untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan marin.

Penambahan ini merupakan satu langkah strategik dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang lebih menyeluruh, fleksibel dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Dengan pengalaman, usaha dan komitmen yang berterusan, Nasdeem sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan dipercayai.

Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan pertambahan aset pengangkutan marin Nasdeem pada masa hadapan. Mohon doa dan sokongan agar perjalanan ini terus dipermudahkan dan berkembang maju. 🤲

🚢 Bersama Nasdeem, menghubungkan perjalanan, menggerakkan kejayaan.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!16 September menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia. Ma...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!

16 September menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia. Marilah kita terus menghargai kepelbagaian budaya, memperkukuhkan semangat patriotisme dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju.

Bersatu Teguh, Malaysia Gemilang!

Ikhlas daripada seluruh warga Nasdeem Ventures Sdn. Bhd.

⚠️ Understanding Hazardous WasteNot all waste is harmless. Proper identification and classification of hazardous waste a...
09/09/2026

⚠️ Understanding Hazardous Waste

Not all waste is harmless. Proper identification and classification of hazardous waste are essential to ensure safe handling, responsible management and environmental protection. 🌱♻️

Let’s play our part in keeping people and the environment safe.

📚 Source: EiMAS, Department of Environment – A Guidebook on the Identification and Classification of Scheduled Wastes, First Edition.

Kadang-kadang jalan terasa sukar, tetapi percayalah Allah tidak pernah meninggalkan kita. 🤍Terus melangkah, kerana selep...
14/08/2026

Kadang-kadang jalan terasa sukar, tetapi percayalah Allah tidak pernah meninggalkan kita. 🤍

Terus melangkah, kerana selepas kesulitan, pasti hadir kemudahan. 🌿

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟖5 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐6Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-...
10/07/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟖5 𝐓𝐘𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐6

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-85 kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Semoga TYT Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat, dan terus diberkati dalam memayungi kepimpinan Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini.

Ikhlas daripada:
Nasdeem Ventures Sdn Bhd


01/07/2026

Warga Nasdeem Ventures berpeluang meluangkan masa bersama di Gopeng Glamping Park menerusi program Team Building yang penuh dengan aktiviti bermanfaat dan menyeronokkan.

Di sebalik kesibukan tugasan harian, inilah peluang untuk kami saling mengenali dengan lebih dekat, membina kepercayaan, memperkukuhkan komunikasi dan mengeratkan semangat berpasukan. Setiap detik yang dikongsi menjadi kenangan serta inspirasi untuk terus melangkah sebagai satu pasukan yang lebih kuat.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan Nasdeem Ventures pada masa akan datang.

Seluruh warga Nasdeem Ventures Sdn Bhd merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Dul...
31/05/2026

Seluruh warga Nasdeem Ventures Sdn Bhd merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan serta terus memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.

Daulat Tuanku.

🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ✨🌙27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447HDaripada seluruh warga Nasdeem Ventures, kami...
26/05/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ✨🌙
27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H

Daripada seluruh warga Nasdeem Ventures, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat anda serta keluarga tercinta.

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga semangat ini terus mengeratkan ukhuwah, memupuk rasa syukur dan memberi inspirasi untuk terus melangkah maju dengan penuh kebaikan dan keberkatan.

Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh-Nya.

🕌 Salam Aidiladha 1447H
Ikhlas daripada Nasdeem Ventures 🤍

Alhamdulillah ✨ Terima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Seberang Jaya atas kesudian hadir meraikan hari lahir Dato Mohd...
18/05/2026

Alhamdulillah ✨ Terima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Seberang Jaya atas kesudian hadir meraikan hari lahir Dato Mohd Nasir serta atas pemberian bunga dan dessert yang sangat bermakna. Nasdeem Ventures amat menghargai ingatan dan penghargaan yang diberikan. Semoga silaturahim dan kerjasama yang terjalin ini terus berkekalan ✨

Address

1033, Lengkok Perindustrian Bukit Minyak 2, Taman Perindustrian Bkt Minyak
Simpang Ampat
14100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasdeem Ventures Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share