21/02/2025
HINDARI JENIS BUMBUNG INI?
Jika ada impian beli kediaman, hindari membeli kediaman yang saya bulatkan ini.
Jika ada pilihan lain, pilihlah yang lebih baik.
1. Bumbung sifatnya untuk melindungi kediaman kita dari cahaya mahatari.
2. Melindungi kediaman dari hujan dan membawa air keluar dari bangunan secepatnya.
Semakin lama air berada diatas bangunan selepas hujan, semakin tidak baik pada struktur bangunan.
Kediaman walaupun rekabentuk bumbung moden, belum tentu ia baik buat iklim tropika seperti kita.
Semakin 'buruk dan moden' rekabentuk bumbung, semakin besar kos menjaga dan selenggara kediaman kita.
Buat pilihan yang bijak kawan kawan
Azizul Azli Ahmad