10/12/2022
KAMI MINTA MAAF...
Segalanya bermula pada 12 Februari 2022..Pemilik kepada Mahligai Impian Bina,Encik Faizul Hafiz kemalangan motor yang hampir meragut nyawa.Encik Faizul yang juga merupakan orang penting di dalam syarikat,Yang meluluskan pelbagai jenis projek & duit keluar masuk,Koma selama 3 bulan di Hospital _____,
Dan berada di ICU selama 2 bulan...Dalam tempoh ini,Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Encik Faizul untuk meluluskan mana-mana projek, duit keluar masuk,Hanya isteri Encik Faizul & ayah yang ambil alih secara mengejut.
Buat pengetahuan umum, isteri Encik Faizul & ayah tiada pengalaman langsung untuk menguruskan syarikat pembinaan,Tapi banyak dibantu oleh team contractor Mahligai Impian Bina.
Jadi, memang ada banyak masalah yang berlaku di dalam syarikat,Dalam tempoh Encik Faizul koma & berada di ICU.
Syukur Alhamdulillah,Encik Faizul masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT,dan dalam proses recovery & physiotheraphy oleh pihak hospital.
Kami meminta maaf diatas kelewatan yang berlaku di dalam syarikat kami.Dalam tempoh Encik Faizul koma,Hampir 20 projek perumahan telah siap dibina,Dan sempurna dilaksanakan,Oleh isteri Encik Faizul, ayah dan team contractor.
Dalam tempoh ini juga,
Banyak ujian yang kami terima,Dari segi kewangan, mental & keluarga.Doakan kami supaya kami bangkit semula.
Encik Faizul masih lagi berkerusi roda,Tidak mampu menggunakan seluruh anggota badan,Terutama kaki dan tangan.Doakan supaya Encik Faizul lekas sembuh.
Sekarang, Encik Faizul dah boleh berkerja seperti biasa,Dibantu sepenuhnya oleh isteri & ayah,Dan juga team contractor yang sentiasa memberi semangat.
Kami sedang fokus untuk menghabiskan projek-projek yang ada,Jangan risau,Duit yang telah dibayar oleh pelanggan kami,Masih ada lagi dalam akaun lawyer,Dan kami akan sempurnakan dalam masa terdekat.
Kepada bakal pelanggan,Anda akan berurusan terus dengan isteri Encik Faizul & ayah.Untuk semua urusan pembinaan.Encik Faizul sendiri yang akan turun padang dalam menguruskan pembinaan rumah pelanggan & bakal pelanggan Mahligai Impian Bina.