Persatuan Mahasiswa Sains UPSI - Laman FB rasmi

Persatuan Mahasiswa Sains UPSI - Laman FB rasmi [Official]
PMS Sidang CELESTRA 2025/2026 ❤️💛
Kamilah suara anda! 🔊
Berbakti demi fakulti tercinta; Majulah Fakulti Sains Dan Matematik UPSI 🧲

🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kami daripada Persatuan Mahasiswa Sains,...
31/08/2026

🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Sains, Sidang Celestra 2025/2026, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih harmoni, inklusif, sejahtera dan makmur.

Ayuh, semarakkan semangat cinta akan tanah air dan terus bersama-sama melangkah demi Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾✨

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



🏆✨TAHNIAH DAN SYABAS!✨🏆Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada...
30/08/2026

🏆✨TAHNIAH DAN SYABAS!✨🏆

Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada:

FARAH SYAKIRAH BINTI RUSLI
NURUL IZZAH BINTI NOR AZMI
AINUL MUNIRAH BINTI ALSHADDAD
SITI ZULAIKHA BINTI MOHD RAZALI
TARWIN A/L MURALI

atas kejayaan meraih:

🥈 2ND PLACE – BEST PHYSICS EDUCATION VIDEO 🥈

dalam International Competition on Science Learning Innovation (ICOSLI) 2026 bagi kategori Undergraduate yang telah berlangsung pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) di Universitas Negeri Malang, Indonesia.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama Persatuan Mahasiswa Sains serta Universiti di persada antarabangsa.



🌙✨SALAM MAULIDUR RASUL 1448H✨🌙بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum dan Salam Sejahtera 🤍Persatuan Mahasi...
25/08/2026

🌙✨SALAM MAULIDUR RASUL 1448H✨🌙

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🤍

Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) UPSI ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan umat Islam di seluruh dunia.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi titik untuk kita terus menyemai kasih kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah serta mengamalkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Baginda.

🌹“Menyantuni Sunnah, Meneladani Rasulullah SAW.”🌹

Ikhlas daripada,

Persatuan Mahasiswa Sains (PMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris




SELAMAT MENJALANI PROGRAM PERANTIS GURU📚✨Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) Sidang CELESTRA 2025/2026 ingin mengucapkan sel...
03/08/2026

SELAMAT MENJALANI PROGRAM PERANTIS GURU📚✨

Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) Sidang CELESTRA 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menjalani Program Perantis Guru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan A231 Universiti Pendidikan Sultan Idris. 👩‍🏫👨‍🏫

Semoga program ini menjadi medan untuk menimba pengalaman berharga, mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari, serta membentuk jati diri sebagai bakal pendidik yang berintegriti, berwibawa dan berjiwa pendidik.



SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER DIPLOMA BAGI SEMETER E261🌿Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) Sidang CELESTRA 20...
03/08/2026

SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER DIPLOMA BAGI SEMETER E261🌿

Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) Sidang CELESTRA 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menjalani cuti pertengahan semester kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Diploma Semester E261 Universiti Pendidikan Sultan Idris. 💚✨

Semoga tempoh cuti ini menjadi ruang untuk berehat, mengembalikan semangat serta meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang. Selamat bercuti dan semoga perjalanan pulang serta kembali ke kampus sentiasa berada dalam lindungan-Nya. ❤️



SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER  2 SESI 2025/2026 ✈️🏖️Kami dari Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) sidang CELESTRA 2025/202...
28/07/2026

SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER 2 SESI 2025/2026 ✈️🏖️

Kami dari Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) sidang CELESTRA 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh Mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris✨

Semoga cuti semester ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan masa yang diluangkan bersama keluarga tercinta digunakan dengan sebaiknya ✨❤️



🎉TAHNIAH & SYABAS!🎉Persatuan Mahasiswa Sains (PMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan setinggi-tinggi...
10/07/2026

🎉TAHNIAH & SYABAS!🎉

Persatuan Mahasiswa Sains (PMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Brad Ester Anak Leo Reggie atas kejayaan meraih Tempat Ketiga (Advanced Category) dalam 37th Fraser’s Hill International Bird Race yang telah berlangsung pada 20–21 Jun 2026 di Bukit Fraser, Pahang.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UPSI dan FSM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



📚 SELAMAT MENJALANI MINGGU PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2025/2026 📚Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dar...
06/07/2026

📚 SELAMAT MENJALANI MINGGU PEPERIKSAAN
IJAZAH SARJANA MUDA
SESI 2025/2026 📚

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari Persatuan Mahasiswa Sains sidang CELESTRA ingin mengucapkan selamat menjalani Minggu Peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi 2025/2026.

Kami mendoakan agar semua mahasiswa/i dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran, semangat yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu peperiksaan ini.

Selamat menjalani minggu peperiksaan dan semoga segala usaha anda dipermudahkan. Semoga berjaya menghadapi peperiksaan yang bakal tiba!



05/07/2026

[CALL FOR PAPER] ICSTEM in conjunction with 14th IPCSM 2026

We are pleased to invite you to participate in the ICSTEM in conjunction with 14th IPCSM 2026 which will be held on 19 November 2026 via virtual conference.

Registration link: https://bit.ly/registerIPCSM26

For any enquiries, please reach out to us:
🌐 https://bit.ly/ipcsm2026
✉️ [email protected]

Conference Committee,
ICSTEM in conjunction with 14th IPCSM 2026,
Faculty of Science and Mathematics,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

📚 SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJIIJAZAH SARJANA MUDASESI 2025/2026 📚Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari P...
30/06/2026

📚 SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI
IJAZAH SARJANA MUDA
SESI 2025/2026 📚

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari Persatuan Mahasiswa Sains sidang CELESTRA ingin mengucapkan selamat menjalani Minggu Ulang Kaji kepada seluruh mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi 2025/2026.

Kami mendoakan agar semua mahasiswa/i dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran, semangat yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu ulang kaji ini.

Selamat mengulang kaji dan semoga segala usaha anda dipermudahkan. Semoga berjaya menghadapi peperiksaan yang bakal tiba!



Address

Bilik Abbas Ibn Firnas, Tingkat 1, Blok 2, Kampus Sultan Azlan Shah
Tanjung Malim
35900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Sains UPSI - Laman FB rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Mahasiswa Sains UPSI - Laman FB rasmi:

Shortcuts

Share