07/09/2026
Alhamdulillah, syukur kpd Allah, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, sekali lagi team kami dapat menyiapkan sebuah Rumah Split Level @ 1 tingkat setengah yg berkeluasan 25kaki x 35kaki @ 875sqft (lantai bawah) dan 12kaki x 35kaki @ 420sqft (lantai atas)... Rumah ini bertapak di Kg Tg. Batu dengan tapak berkeluasan kira-kira 45kaki x 55kaki @ 2,475sqft... Disebabkan keluasan tapak yang terhad, maka kami mencadangkan agar tn rumah memilih rekabentuk rumah split level... Alhamdulillah dalam masa kurang drpd 150hari, rumah impian tn rumah (ckg Zaidi) dapat kami realisasikan, dengan penuh gaya dan gagah... Kami ucapkan selamat menikmati rumah baru buat ckg zaidi dan family... Semoga dengan zahirnya rumah impian ini, dapat menambah keharmonian dan kegembiraan ckg Zaidi sekeluarga.. aamiin.. Tidak lupa juga ucapaan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen drpd pihak tn rumah kepada pihak kami sepanjang berjalannya kerja-kerja pembinaan rumah tersebut... Mohon maaf sekiranya ada kerja yg kurang memuaskan ataupun tidak siap dalam masa yg diharapkan... semoga hasil kerja team kami dapat diterima dan dikongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan yg lain... TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI....
Berikut merupakan spesifikasi binaan :
✅ Rumah Split Level @ 1 tingkat setengah berkeluasan 25kaki x 35kaki @ 875sqft (lantai bawah) dan 12kaki x 35kaki @ 420sqft (lantai atas).
✅ 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur + ruang makan, 1 ruang veranda, 1 ruang balcony dan 1 ruang letak kereta.
✅ Kerja-kerja tambahan seperti ruang berbumbung untuk letak kereta dan pagar rumah termasuk pintu gate.