06/08/2022
Memaksimumkan ruang
---------------------------------------
Rekaan loteng yang baru sahaja di siapkan dgn kemasan kayu. Binaan loteng untuk memanfaatkan ruang dapat di jadikan ruang simpanan, ruang belajar waima ruang tidur ringkas untuk anak-anak.
Faktor keselamatan perlu lah dititikberatkan kerana kedudukannya yg tinggi. Penggunaan besi yg bersesuaian dapat menjamin kekuatan binaan serta kemasan lantai kayu untuk keselesaan.
Biasanya jika anda membeli rumah teres setingkat, ada 1 bilik yg dibina dengan siling yg tinggi. Siling tinggi dibina supaya bilik ini mendapat cahaya dari tingkap yg di pasang tinggi kerana bilik ini berada dibahagian tengah. Jadi ruang tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya.