07/01/2023
BERAPA KALI NAK SERVICE AIRCOND SETAHUN NI YE?
PATUT KE AKU SERVICE? TAPI AIRCOND RASA SEJUK LAGI NI.
Ok hari ini sy nak share sikit berapa kali yang patut aircond di rumah tu anda perlu service.
Service aircond ni perlu dilakukan mengikut kekerapan penggunaannya. Jika anda selalu menggunakan aircond, dinasihatkan untuk service sebanyak 2 kali setahun iaitu 1 kali setiap 6 bulan.
Jika anda jarang guna, setahun sekali sudah memadai.
Anda jugak boleh lakukan normal service dengan sendiri iaitu cuci filter aircond sekali setiap bulan. Buka penutup indoor unit, cabut filter dan bersihkan dengan air. Kos pon free je. Jangan basuh dengan chemical nanti filter boleh reput.
Kenapa perlu service aircond?
1. Aircond dapat digunakan dengan lebih lama.
Apabila aircond diservice mengikut jadual, ia dapat memastikan aircond berfungsi dengan baik. Jika anda tidak service, habuk kotoran akan terkumpul dengan banyak, maka “kesihatan” aircond akan menjadi lebih teruk. Nanti mula lah nampak tanda-tanda:
- Air merecik-recik keluar dari aircond sebab tersumbat.
- Pakai suhu 16C, tapi masih tak sejuk
- Pakai aircond 2.5HP tapi rasa macam 1.0HP
2. Jimat elektrik.
Kenapa saya cakap jimat elektrik? Apabila anda kerap guna aircond, maka habuk akan lebih banyak terkumpul pada filter. Jadi bila habuk tebal, aircond akan jadi tidak sejuk. Anda akan turunkan suhu dan blower aircond terpaksa bekerja lebih kuat. Sebelum ni pakai 25C sudah cukup, tapi sekarang pakai 16C. Bil elektrik pon naik.
Jadi sangatlah penting anda mengikut jadual service yang telah dinasihatkan oleh technician kami .
Klik disini untuk berhubung dengan Technician aircond anda 😊
www.wasap.my/601155526257/sayanakserviceAC