04/09/2026
Pada 2 September 2026, T Robot berbesar hati menerima kunjungan tetamu dari Pusat Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Utara Malaysia (UUM), yang diketuai oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad, RTTP.
Kunjungan ini dibawa oleh Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) berkongsi informasi kepada pihak UUM dengan mengunjungi fasiliti T Robot dan melihat dengan lebih dekat teknologi robotik dan automasi yang diperkenalkan oleh T Robot untuk aplikasi industri. T Robot merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MTDC dan UUM atas kunjungan ini.
Malaysian Technology Development Corporation
Universiti Utara Malaysia (Official FB)