16/03/2026
BAHAN BINAAN NAIK 40%??😱
Ramai kontraktor dah komen pasal harga bahan binaan naik hingga 40%.
Industri pembinaan sentiasa bergerak seiring dengan perubahan ekonomi global.
Apabila konflik geopolitik berlaku di mana-mana bahagian dunia, kesannya jarang berhenti di sempadan negara tersebut.
Ia tetap akan meresap ke dalam rantaian bekalan global, termasuk bahan binaan yang menjadi asas kepada setiap projek pembinaan.
Bagi kontraktor, laporan harga bahan binaan berpotensi meningkat sehingga 40 peratus, membawa makna bahawa kos projek akan meningkat, margin keuntungan semakin ketat dan risiko projek bermasalah untuk deliver pada waktu yang tepat.
Apabila harga bahan seperti besi, simen, aluminium dan bahan binaan lain melonjak, kontraktor yang sudah menandatangani kontrak harga tetap akan paling terkesan.
Projek yang pada awalnya dijangka memberi keuntungan mungkin berubah menjadi projek yang sekadar menutup kos, atau lebih buruk, menanggung kerugian.
Kontraktor kecil khususnya berada dalam kedudukan paling terdedah.
Mereka jarang mempunyai kuasa membeli dalam jumlah besar, tidak mempunyai kontrak bekalan jangka panjang dan sering beroperasi dengan margin yang kecil.
Kenaikan harga bahan secara mendadak boleh menggugat kestabilan operasi mereka.
Namun setiap cabaran besar biasanya membawa satu persoalan penting kepada industri - dan syarikat kita sendiri.
Adakah kita akan terus bekerja dengan cara lama, atau kita akan beralih kepadà era AI Construction
Teknologi bukan sekadar sebagai pilihan, tetapi sebagai keperluan.
Konsep teknologi AI Construction bukan lagi sesuatu yang jauh atau eksklusif kepada projek mega.
Teknologi berasaskan analisis data, pemantauan kos digital, sistem perolehan pintar dan kecerdasan buatan (AI) boleh membantu kontraktor membuat keputusan yang lebih cepat dan tepat.
Sebagai contoh, teknologi berasaskan Agentic AI boleh berfungsi sebagai 'pembantu strategik' kepada kontraktor dalam membuat keputusan yang melibatkan kos.
Dengan adanya sistem yang mampu memantau perubahan harga bahan binaan secara berterusan, menganalisis kesannya kepada kos projek, serta memberi amaran awal apabila risiko kewangan mula meningkat - boleh membantu kontraktor untuk membuat keputusan lebih awal bagi mengurangkan risiko kerugian yang berlebihan.
Dalam dunia pembinaan moden, maklumat adalah kuasa.
Kontraktor yang mempunyai akses kepada data yang tepat akan mempunyai kelebihan besar berbanding mereka yang hanya bergantung kepada pengalaman semata-mata.
Lebih penting lagi, teknologi ini boleh membantu kontraktor kecil meningkatkan profesionalisme mereka.
Dengan sistem yang lebih tersusun, pengurusan projek menjadi lebih telus, kos dapat dikawal dengan lebih baik, dan keyakinan pelanggan juga meningkat.
Kenaikan harga bahan binaan mungkin tidak dapat dielakkan dalam ekonomi global yang tidak menentu. Namun cara kita mengurus cabaran itu masih berada dalam kawalan kita.
Samada kerajaan dan kementerian sedar atau tidak, Industri pembinaan Malaysia sedang berada di persimpangan penting.
Kita boleh terus bergantung kepada kaedah tradisional yang semakin terdedah kepada risiko, atau kita boleh bergerak ke arah pembinaan yang lebih pintar, berasaskan data dan teknologi.
Yang paling penting, setiap perubahan hendaklah dilaksanakan oleh pihak yang ada integriti tinggi, berakauntabilti dan berkompetensi.
Jika tidak, ada polisi baik pun, tak akan capai wawasannya bila terus menerus dibiarkan berada ditangan yang salah.
Namun, apa yang lebih penting, sementara menunggu kerajaan mengubah dasar, polisi atau melaksanakan sesuatu yang baharu, sebagai kontraktor, masa depan kita bukan sekadar memakai topi keselamatan di tapak pembinaan.
Kita juga perlu memakai topi kecerdasan teknologi, mengambil tahu maklumat perubahan di dasar pasaran dan pegang data kos sebenar bagi memastikan kita akan terus survive sementara menunggu harga bahan binaan stabil semula.
Bertabahlah....
Credit to : Mahanon Muhammad