11/06/2026
Cerita pasal pelarian Rohingya ni, saya rasa kita tak ambil iktibar daripada apa yang dah berlaku di Pulau Bidong.
Mungkin ramai yang dah lupa.
Pulau Bidong adalah sebuah p**au kecil di Terengganu, terletak 45 kilometer di luar pantai, di Laut China Selatan.
Pada 8 Ogos 1978, p**au tu dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan UNHCR, bermula dengan 121 orang pelarian Vietnam.
Sebab apa mereka lari?
Jatuhnya Republik Demokratik Vietnam Selatan ke tangan kerajaan Komunis Vietnam Utara pada tahun 1975 menyebabkan munculnya kelompok pelarian yang mula menyerbu pantai Semenanjung Malaysia, terutamanya di Terengganu.
Bagi Malaysia, kita menerima pelarian atas dasar kemanusiaan. Menyediakan mereka tempat tinggal dan perlindungan.
Kemuncaknya, Pulau Bidong menampung hingga 40,000 orang pelarian. Sepanjang tempoh operasinya, kira-kira 250,000 pelarian telah melalui p**au tu.
Dua ratus lima puluh ribu orang !
Di p**au orang, tanah orang, negara orang.
Buat baik di balas taik.
Selama 12 tahun Malaysia menempatkan pelarian Vietnam di Pulau Bidong bermula 1978, jasa baik kerajaan membenarkan mereka menumpang dibalas dengan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an.
Kenapa berlaku?
PBB membuat keputusan untuk mengeluarkan mereka daripada p**au itu. Mereka akan dihantar ke negara ketiga melalui proses saringan, manakala yang tidak layak akan dihantar p**ang ke negara asal.
Mereka tak setuju.
Mereka takut p**ang kerana bimbang dikenakan hukuman oleh pemerintah komunis negara itu.
Rundingan buntu dan berlakunya rusuhan.
Serbuan awal polis berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan sendiri oleh kump**an perusuh.
Di p**au kita. Senjata buatan sendiri. Untuk lawan pasukan keselamatan kita.
Sepanduk mula dinaikkan. Ada yang tulis "Hidup atau mati", "Kami mahu keadilan", "Bebaskan kami" dan "Kami tidak mahu p**ang".
Mereka tak mahu p**ang. Mereka rasa Pulau Bidong tu hak mereka. Hal ini bermaksud mereka menuntut tanah kita.
Nelayan tempatan pun terkesan. Pulau Bidong adalah lubuk sotong dan kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pukat jerut dan pukat tunda.
Apabila kawasan tu diisytiharkan kawasan keselamatan, nelayan kita sendiri tak boleh masuk tangkap ikan di kawasan sendiri.
Kita korbankan nelayan kita. Untuk jaga tetamu yang kemudiannya angkat senjata melawan kita.
Pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan kerajaan untuk menghantar mereka p**ang ke Vietnam.
Mereka masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga walaupun permohonan mereka ditolak.
Adakah pelarian tersebut benar-benar mahu berperang ? jawapannya tidak. Mereka tahu macam mana untuk menekan Kerajaan dan pihak antarabangsa. Mereka hanya gunakan Langkah ini sebagai taktik supaya negara Malaysia menerima mereka.
Bagaimana Kes ini berakhir ?
Rusuhan dan demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu, disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan menyentuh makanan yang disediakan petugas Palang Merah Antarabangsa. Kemuncak tunjuk perasaan itu sangat mengerikan. Ramai dalam kalangan mererka mencederakan diri sendiri, menikam badan dengan senjata tajam sebagai tanda protes kepada PBB.
Ketegasan Malaysia.
Selepas pelarian tewas dalam "pertempuran" dengan pihak berkuasa, kepala samseng ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara di Kerayong, Pahang.
Rusuhan akhirnya selesai tapi cerita belum habis.
Demonstrasi itu berakhir dengan aman selepas beberapa sesi rundingan. Kesemua penghuni Pulau Bidong dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara. Tapi lain p**a yang berlaku di sana. Masalah masih sama berlarutan di kem baru tu.
Menjelang awal 1990-an, bilangan pelarian yang tiba di negara kita semakin menurun berikutan perubahan politik di Vietnam dan hubungan diplomatik yang semakin baik antara Vietnam dan negara-negara Barat. Pada tahun 1991, Pulau Bidong secara rasmi ditutup sebagai pusat pemindahan setelah semua pelarian dihantar ke negara ketiga atau kembali ke tanah air mereka.
Malaysia berjaya menyelesaikan kes ni dengan tegas. Rusuhan dipatahkan, kepala samseng ditahan, dan semua pelarian akhirnya keluar dari Pulau Bidong menjelang 1991.
13 tahun kita korbankan kawasan nelayan kita dan mererka hampir mencabar kedaulatan kita sendiri. Itulah sebabnya sejarah ni penting untuk diingat semula apabila kita melihat isu pelarian hari ini.
Pengajarannya kat sini bukan supaya tindakan kita harus kejam terhadap pelarian.
Bukan itu maksudnya.
Tapi belas kasihan tanpa had batas itu bukan kemanusiaan.
Itu kelemahan yang orang lain akan ambil kesempatan. Sejarah Pulau Bidong dah ajar kita.
Dua ratus lima puluh ribu orang datang atas nama pelarian, tapi sebahagian daripada mereka angkat senjata dan tuntut hak ke atas tanah kita apabila kita minta mereka p**ang.
Hari ni kita tengah lalui perkara yang sama, nama je yang lain.
Semoga pihak berwajib kali ini lebih bijak dalam membuat keputusan.
Sir syahmi
kemah bohh