31/10/2026
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐢𝐭𝐭𝐞𝐞 (𝐌𝐂) 𝐊𝐞-𝟏𝟒 𝐉𝐕 𝐓𝐍𝐁 𝐑𝐄𝐌𝐀𝐂𝐎 – 𝐀𝐥 𝐃𝐡𝐨𝐰
Kuwait, 27 Oktober 2026 – Mesyuarat Management Committee (MC) Ke-14 TNB REMACO – Al Dhow JV (TNBR-AD JV) telah berlangsung di Kuwait. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi TNBR-AD JV, Dato' Nor Azman Bin Mufti, bersama Managing Director TNB REMACO, Ts. Abidin Bin Sarjo, serta wakil rakan JV Al Dhow Engineering, Mr. Joe Chidiac dan Mr. Said Machtoub.
Turut hadir wakil TNB REMACO HQ, pasukan pengurusan JV serta pengurus-pengurus projek TNB REMACO di Kuwait.
Mesyuarat ini berperanan sebagai platform strategik bagi kedua-dua rakan JV untuk membincangkan hala tuju perniagaan, menilai prestasi teknikal dan kewangan projek-projek sedia ada, serta memutuskan cadangan-cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh operasi JV di Kuwait.
Sepanjang sesi, setiap pengurus projek turut membentangkan status prestasi teknikal stesen janakuasa masing-masing. Pembentangan ini diikuti perbincangan berkaitan cabaran operasi dan langkah-langkah penambahbaikan berterusan.
TNB REMACO bersama rakan JV Al Dhow kekal komited dalam memacu kecemerlangan operasi dan penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi. Komitmen ini seterusnya mengukuhkan kedudukan JV TNBR-AD sebagai rakan dipercayai dalam sektor tenaga di Kuwait & rantau Timur Tengah.