Malaysian Water Engineers Action Committee

Malaysian Water Engineers Action Committee Established in 1989, MyWAC (formerly JTJAD) is a national working committee representing State's Wat

18/07/2026
18/07/2026
17/07/2026

πŸ’§JOM SERTAI TOWNHALL FORUM AIR 2026!

Orang ramai dijemput hadir ke sesi Townhall Forum Air 2026 sebagai ruang perkongsian pandangan dan maklum balas bagi menambah baik perkhidmatan bekalan air dan pembetungan negara.
Maklumat program adalah seperti berikut:

πŸ’§ 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ’§ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Putra Hall B, Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Suara anda penting dalam usaha memperkukuh perkhidmatan air yang lebih mampan, responsif dan memenuhi keperluan pengguna.

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.



BARISAN EXCO MYWAC KINI BERSIDANG DI BUMI KENYALANG BERSAMA SOKONGAN TERTINGGI BARISAN CEO! πŸ’§πŸ—ΊοΈ]Salam Sejahtera & Salam ...
17/07/2026

BARISAN EXCO MYWAC KINI BERSIDANG DI BUMI KENYALANG BERSAMA SOKONGAN TERTINGGI BARISAN CEO! πŸ’§πŸ—ΊοΈ]

Salam Sejahtera & Salam Industri Air Lestari!
Komitmen memperkasakan industri air negara melonjak ke satu tahap baharu di Timur Malaysia!

Bersempena dengan penganjuran persidangan antarabangsa Borneo International Water & Wastewater Exhibition & Conference (BIWWEC) 2026, barisan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC) telah berkumpul secara rasmi pada 16 Julai 2026 bagi menjayakan Mesyuarat EXCO MyWAC di Sarawak.

Pertemuan strategik di bawah naungan Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) ini menyatukan wakil pengurusan teknikal dan jurutera air daripada setiap operator air negeri di seluruh negara.

Satu penghormatan besar dan sejarah manis tercipta apabila mesyuarat kali ini turut dikunjungi oleh barisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) operator-operator air negeri sebagai tanda sokongan padu dan pengiktirafan tertinggi kepada peranan jurutera air di lapangan:
🀝 PAIP – Dato' Saiful Zaini bin Mohd Bokhari
🀝 SAINS – Dato' Ir. Hj. Mohd Yazid bin Ahmad
🀝 Air Selangor (AIS) – Tuan Adam Saffian bin Ghazali
🀝 Ranhill SAJ – Tuan Mohd Hedzir bin Hanafi
🀝 AKSB – Tuan Azhar bin Hanafi

🌟 Visi & Hasrat Kepimpinan Tertinggi: Dalam pertemuan ini, barisan CEO turut menzahirkan hasrat dan harapan yang tinggi untuk melihat MyWAC tampil lebih visible (terkehadapan) dan menyerlah di persada industri. Kehadiran aktif MyWAC amat penting sebagai pemacu perubahan (driver of change) yang dinamik dalam mencetuskan inovasi serta memimpin transformasi operasi perkhidmatan air negara!

Antara agenda utama dan sinergi mantap yang diperkukuhkan dalam mesyuarat ini termasuk:

πŸ”Ή Penyelarasan Industri Holistik – Memperincikan wishlist operator serta memacu transformasi pengurusan rantaian nilai air dari sumber ke pengguna.

πŸ”Ή Persiapan Persidangan Dwi Tahunan MyWAC 2026 – Memurnikan perancangan awal bagi Persidangan Dwi Tahunan MyWAC Kali Ke-34 yang bakal dihoskan oleh Lembaga Air Perak (LAP) di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Selaras dengan cabaran semasa, persidangan ini secara rasminya mengangkat tema perjuangan yang cukup mendalam:
🌊 "DARI SUMBER KE PENGGUNA, AIR TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

πŸ”Ή Pemantapan Hubungan Industri – Menjadikan penandaaras dan pengisian daripada persidangan Borneo Water sebagai rujukan dinamik demi kelestarian dan kecekapan operasi utiliti negara.

Pihak MyWAC Kebangsaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi dan Setiausaha MyWAC Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB Sarawak) dan Sarawak Water selaku tuan rumah atas koordinasi mesyuarat yang cukup cemerlang, serta seluruh barisan kepimpinan tertinggi yang hadir memberikan komitmen jitu.

Kesatuan momentum ini menjadi bukti jelas bahawa demi kelestarian air negara, kita bergerak rapat sebagai satu pasukan yang utuh! Sama-sama kita bergandengan bahu, bertukar kepakaran demi kelestarian rantaian air Malaysia tercinta! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

17/07/2026
16/07/2026

Sorotan Premier Sarawak :

Keselamatan air pada masa kini memerlukan kerjasama yang merentasi sempadan, disiplin dan sektor. Ia menuntut inovasi teknologi, penyelarasan dasar serta, yang paling penting, kepercayaan dan komitmen yang kukuh dalam kalangan semua rakan kerjasama.



16/07/2026
15/07/2026

π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Kecekapan sistem agihan adalah kunci kepada pengurangan pembaziran air. PETRA melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah berjaya melaksanakan penggantian rangkaian paip utama negara sepanjang 3,263 km.

Inisiatif penggantian paip usang ini bertujuan untuk mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water - NRW) secara signifikan dan memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan dengan selamat dan tekanan yang optimum kepada rakyat.







Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Water Engineers Action Committee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share