Cantikwall Design & Build

Cantikwall Design & Build Cantikwall offers all round renovation solutions for residential and commercial premise from designing up to build phase.

Our services cover both interior and exterior elements. Knowing us by visit our website
www.thecantikwall.com

Kenapa setiap kali designer contractor macam CW buat rumah ni hasil cantik? Ni bukan nak up diri. Kami nak sharing saja ...
14/05/2026

Kenapa setiap kali designer contractor macam CW buat rumah ni hasil cantik?

Ni bukan nak up diri.
Kami nak sharing saja

It's about process.

Design ni = MASTER PLAN.
Ex*****on without plan = Mistakes & Loss.

Gambar ni antara projek awal tahun 2026.
Mula awal Ramadhan dan bersambung lepas raya.

Projek ni melibatkan proses design keseluruhan rumah.
Cuma bila fasa bina & kerja interior, skop kami ialah wetwork extension, wiring & plumbing works juga cabinets.

Hasilnya macam kosong sikit la as per gambar.
Nanti once client nak pindah masuk sekali perabot, lengkap la rumah.

Bila kata design - dalam gambar 3D proposal, semua lengkap termasuklah perabot.

Cuma masa buat, hal ni optional pada client.
Nak beli sendiri atau nak CW uruskan pembelian (jika semua perabot baru).

Jika nak guna perabot sedia ada compliment dengan interior concept baru pun boleh.

Tapi perlu beritahu awal masa fasa design.
Jadi tahu la designer nak enhance design dengan perabot sedia ada.

Semua proses kerja smooth.
Client juga senang bekerjasama.

_________
Dah nampak kan kenapa design itu perlu?.

Bukan fee kosong yang anda bayar.
Tapi anda bayar USAHA, MASA, dan SERVIS supaya anda TAK SAKIT KEPALA.

❌Tak perlu nak pening konsep yang berubah- ubah.
❌Tak pening nak urus & monitor pelbagai vendor.

Untuk dapatkan khidmat CW, boleh what's app kami +6011 6535 7033 /+6018 466 7033

Kami ada office di Seremban.
Bukan office table kedai mamak tau 😀


🏠 Nak Renovate? Kenali Beza Rumah Kosong Baru, Sedia Diami & Rumah Lama​Ramai yang ingat renovasi itu hanya tentang cat ...
03/05/2026

🏠 Nak Renovate? Kenali Beza Rumah Kosong Baru, Sedia Diami & Rumah Lama

​Ramai yang ingat renovasi itu hanya tentang cat dan kabinet cantik. Hakikatnya, keadaan asal rumah menentukan 70% daripada bajet dan skop kerja teknikal anda.

Ini 3 perbezaan kritikal yang anda wajib tahu sebelum bermula:

​1. Rumah Kosong Baru (Sub-sale/Undercon Baru Siap)

🔸​Sistem Elektrikal:
Biasanya dalam keadaan "Standard Developer".
Pendawaian masih baru, tapi poin lampu dan soket selalunya terhad.
Anda perlu bajet untuk hacking tambahan jika mahu lighting design yang moden.

🔸​Sistem Paip:
Kebanyakannya menggunakan paip jenis PPR atau ABS yang tahan karat.
Risiko kebocoran rendah, namun kedudukan outlet air mungkin perlu dialihkan mengikut pelan kitchen island atau bilik air baru.

🔸​Kelebihan:
Permukaan dinding rata dan struktur masih dalam tempoh waranti (DLP).

​2. Rumah Sedia Diami (Fully Furnished/Partial)

🔸​Cabaran Utama:
Kos meroboh (demolition) dan pembuangan sisa binaan.
Kita perlu teliti sama ada struktur asal seperti siling plaster sedia ada boleh dikekalkan atau perlu dirombak total.

🔸​Struktur Binaan:
Perlu periksa jika ada sambungan haram atau ubah suai terdahulu yang tidak mengikut kod bangunan, terutama melibatkan dinding galas beban (bearing wall).

🔸​Elektrikal:
Beban elektrik sedia ada mungkin tidak cukup jika anda mahu tambah banyak unit air-cond atau oven berkuasa tinggi.

​3. Rumah Kosong Lama (Rumah Usang/Classic)

🔸​Sistem Paip Berisiko:
Kebanyakan rumah lama menggunakan paip besi galvani yang cenderung berkarat di dalam.
Kami sangat sarankan total replumbing untuk mengelakkan paip pecah selepas jubin baru dipasang.

🔸​Pendawaian Usang:
Wayar lama mungkin sudah rapuh atau tidak mempunyai sistem pembumian (earthing) yang selamat.
Rewiring satu rumah adalah pelaburan wajib demi keselamatan nyawa.

🔸​Sistem Binaan:
Dinding mungkin tidak tegak (senget) atau mempunyai masalah kelembapan (dampness).
Persediaan rapi diperlukan untuk proses skimming dan waterproofing.

​Kesimp**an
​Rumah baru perlukan estetika, rumah lama perlukan pemulihan.
​Jangan hanya lihat pada rupa, fahami "tulang belakang" rumah anda.

Dapatkan khidmat rundingan pakar untuk pastikan setiap sen yang anda belanjakan bukan sekadar cantik, tapi selamat untuk didiami berpuluh tahun lagi.

​WhatsApp kami untuk sesi site visit dan konsultasi teknikal hari ini!
[+6018 466 7033 / +6011 6535 7033]

17/04/2026

It's not about size, it's about the layout.
Let's see how we can utilize limited space to be unlimited functions.

13/04/2026

The client just need a room for his son.
We successfully built it without hacking works.
Fully functional as a bedroom, study room for a boy. Designated plan at least last for 5yrs ahead.

WhatsApp : 6018 4667033

12/04/2026

Sesuatu yang ramai abaikan atau ambil ringan.
Permit bukan sekadar lesen untuk anda ubahsuai walaupun rumah & tanah adalah hak anda.
Tetapi lukisan ubahsuai yang di endorsed oleh arkitek & engineer berdaftar yang disubmit untuk dapatkan permit kelulusan merupakan 'insurance' binaan anda.
Anda nak perjudikan nasib keluarga dengan nak jimat yuran submission?

21/02/2026

Kelebihan pilih spray paint finished ialah BEBAS & BANYAK PILIHAN warna. Pelanggan boleh pilih warna dari kod warna cat ...
16/12/2025

Kelebihan pilih spray paint finished ialah BEBAS & BANYAK PILIHAN warna.

Pelanggan boleh pilih warna dari kod warna cat brand standard dalam market Malaysia.
Biasanya kod cat dinding.

Contoh- brand Jotun, Dulux.

Tapi kita tak gunakan cat dinding untuk cat cabinet.

Kita hanya refer kod untuk duplicate warna.
Ada cat khas untuk kabinet digunakan.

Pengudaraan yang baik perlu jika anda guna spray paint finished.
Konsep menggunakan kayu, perlukan Pengudaraan yang baik untuk ketahanan & life span kayu.

Ini sifat kayu.
Tidak terbuka pada suhu tinggi /panas keterlaluan.
Tidak terperap pada suhu rendah /sejuk a-cond keterlaluan.

Bayangkan jika kita hidup dalam bilik a-cond 24hrs sebulan, tanpa hadap matahari pagi, tiada petukaran udara segar.

Macam mayat hidup,
Kulit kering & kecut,
Kulit mati & merekah.

Ini juga yang akan terjadi pada kayu & surface finishing.
_________
Perlukan kabinet baru raya 2026?


Ini semi indoor /outdoor area. Area terbuka belakang yang di designed khas untuk jadikan laundry area. Panas kan kalau p...
14/12/2025

Ini semi indoor /outdoor area. Area terbuka belakang yang di designed khas untuk jadikan laundry area.

Panas kan kalau pakai glass & panel half ni?

Ya, kita design untuk "Meet the purpose".
Membasuh menyidai & mengeringkan pakaian.
✅️cahaya
✅️haba nencukupi

Pengudaraan sangat baik kerana
1- Guna louvre (sisip angin)
2- Top hung windows.(bukan fixed window)

Jadi agak pelik bila ada yang tengok gambar ni pertikaikan p**a hal material, panas.

Setiap design adalah mengikut keperluan, keadaan site, berbeza keinginan.

Jika anda plan nak buat ruang tidur, malam nak tengok langit bulan bintang, boleh saja guna glass roof.

Tapi jangan la tanya panas ke tidak siang.
Dengan cuaca Malaysia, memang cerah + terang+ bahang.

Solusi?
Boleh tinted untuk kurangkan haba, kurangkan silau panas.

Maintenance?
Ada duit, panggil cleaner cuci setahun sekali.

Nak jimat bajet, boleh cuci sendiri

Malaysia hujan panas (lembap) sepanjang tahun.
Tak boleh elak jika cermin kusam dan berlumut.

Nak konsep rumah cantik, kena ready cara & kos penjagaan nya.
_________
Ada plan nak extend /kemaskan ruang backyard?

WIRING DI BUAT SEBELUM PEMASANGAN SEBARANG CABINET & PLASTER CEILING ❗️😲Ya betul. Wiring plan biasanya dibuat based on l...
06/12/2025

WIRING DI BUAT SEBELUM PEMASANGAN SEBARANG CABINET & PLASTER CEILING ❗️😲

Ya betul.
Wiring plan biasanya dibuat based on layout penggunaan alatan & lain-lain lengkapan dalam 1 ruang.

Contoh biasa ruang dapur.
Pernah tengok layout dapur dan cabinets.?

Biasanya designer design konsep & layout kan kedudukan oven, microwave, hob & hood, fridge, lain-lain appliance etc.

Wiring works- Vice versa

Sama ada kedudukan appliances mengikut supply yang ada, atau..
wiring baru dibuat mengikut kedudukan appliance.

🔎🔴KENAPA PERLU PLAN AWAL?
Biasanya developer hanya menyediakan switch & socket yang asas didapur banding dengan penggunaan appliances yang banyak zaman ni.

Most of the time, wiring work memang perlu ditambah & dialihkan.

Plan awal wiring bukan sekadar nak sorok wayar, tapi juga:

1- Tentukan spec cable sesuai penggunaan alatan.
2- Tentukan kedudukan cantik terletak bila pemasangan appliance > cabinet kemudian.

Contoh gambar projek kami👇

Selain tu, next kita ambil kira future maintenance.
Bila berlaku kerosakan, owelu ganti etc, senang access.

Dapur cantik tanpa kompromi dengan keselamatan.

04/12/2025

Yes, we can design not only for residential unit, but for commercial use as well.
We captured your requirements,
we enhanced & visually for you.

Design your business with us.

Address

43, Jalan Sinar Andalas 4, Kawasan Industri Sinar Andalas
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 16:00

Telephone

+601165357033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cantikwall Design & Build posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share