D&C Construction Ipoh

D&C Construction Ipoh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D&C Construction Ipoh, Manjoi, Ipoh.

D&C Construction, adalah sebuah syarikat pembinaan tempatan yang berdaftar dan berpengalaman khusus dalam menyediakan perkhidmatan ubahsuai rumah dan pembinaan rumah baharu di kawasan Ipoh, Simpang Pulai, dan sekitarnya.

06/09/2026

🏠 Bila balik rumah, mestilah nak rasa tenang dan selesa.

Tak semestinya kena beli rumah baru untuk dapat suasana baru. Kadang-kadang dengan sentuhan renovasi yang betul, rumah yang sama boleh nampak lebih moden, kemas dan sedap dipandang.

Di DC Construction, kami bantu pemilik rumah ubah ruang yang biasa menjadi lebih praktikal, cantik dan sesuai dengan gaya hidup seisi keluarga.

✅ Renovasi rumah
✅ Kabinet dapur
✅ Porch & awning
✅ Siling plaster
✅ Jubin & kemasan dalaman

Nak buat sikit atau renovasi besar-besaran, kami sedia bantu dari peringkat idea hingga siap.

📍 Ipoh & kawasan sekitar

Ada perancangan nak ubah suai rumah?
Jom bincang dengan team DC Construction. Kami bantu cadangkan solusi yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

🔨 DC Construction — Renovasi yang kemas, hasil yang puas hati. ✨

06/09/2026

😎

06/09/2026

Bukan semua renovasi mampu mengubah cara anda menikmati sebuah rumah.

Ada yang hanya menambah binaan. Ada yang sekadar mencantikkan ruang.

Di DC Construction, kami memberi fokus kepada keseimbangan antara reka bentuk, fungsi dan nilai hartanah supaya setiap ringgit yang dilaburkan memberi manfaat untuk bertahun-tahun akan datang.

Sama ada anda merancang untuk:
• Membesarkan ruang keluarga
• Membina porch baharu
• Mengubah suai dapur impian
• Memasang kabinet aluminium moden
• Menambah nilai kediaman lama

Kami menyediakan penyelesaian yang terancang, kemas dan teliti dari peringkat cadangan sehingga projek siap.

Kepercayaan pelanggan dibina melalui hasil kerja, bukan sekadar janji.

📍 Ipoh,Simpang Pulai & sekitarnya
📞 WhatsApp: 012-328 0158

DC Construction Ipoh
Merealisasikan kediaman yang lebih eksklusif, selesa dan bernilai tinggi untuk masa hadapan.

03/09/2026

Apehal TNB ni pagi-pagi tetiba takde elektrik? 😅 Terus bertukar ke mode zaman purba. Mesin tak boleh hidup, grinder tak boleh jalan, tapi kerja renovation tetap kena teruskan. 🔨🤣

Pahat dan tukul pun keluar semula buat tugas. Dinding keras macam mana pun kena mengalah. Yang penting kerja bergerak, jadual tak lari dan pelanggan dapat hasil yang terbaik. 💪🏠

Setitis peluh hari ini, sesuap nasi bagi kita. Rezeki jangan ditolak, kerja jangan berhenti! 🔥😎

02/09/2026

Checking Site & Teaser Progress😎 Sorry admin busy skit seminggu dua ni, tak sempat nak compile video site & edit uollsss😅 Hope boss tak perasan.. 🤫😎

02/09/2026

Cuaca tak menentu, haiwan pun pindah ‘rumah’.
Periksa dulu kasut sebelum pakai — takut ada ular atau kala jengking menumpang! 🐍🦂

Kelebihan Rumah Subsale Berbanding Undercon – Yang Mana Pilihan Bijak?Ramai orang yang nak beli rumah akan terperangkap ...
01/09/2026

Kelebihan Rumah Subsale Berbanding Undercon – Yang Mana Pilihan Bijak?

Ramai orang yang nak beli rumah akan terperangkap dengan dilema:
➡️ Nak beli rumah subsale (rumah secondhand, dah siap dan biasanya ada pemilik sebelum ini)?
atau
➡️ Nak beli rumah undercon (rumah dalam pembinaan, beli terus dari pemaju)?

Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Tapi kalau kita fokus kepada rumah subsale, inilah antara sebab kenapa ia lebih berbaloi berbanding undercon.



1. Rumah Dah Siap – Boleh Lihat Depan Mata
• Subsale: Rumahnya sudah berdiri, jadi anda boleh datang sendiri tengok keadaan sebenar. Boleh check kualiti binaan, keadaan bumbung, lantai, paip air, wiring, malah suasana jiran tetangga. Apa yang anda nampak, itulah yang anda dapat.
• Undercon: Anda hanya bergantung pada pelan lantai, brosur, atau show unit. Realitinya, bila rumah siap nanti – kadang-kadang tak sama seperti yang dijanjikan. Risiko “indah khabar dari rupa” lebih tinggi.



2. Pindah Masuk Lebih Cepat
• Subsale: Selepas selesai proses jual beli (biasanya 3–6 bulan), terus dapat kunci dan boleh pindah masuk. Sesuai untuk anda yang nak rumah segera.
• Undercon: Perlu tunggu 2–3 tahun (atau lebih lama jika projek lambat). Kalau nak rumah cepat, memang tak sesuai.



3. Harga Boleh Runding
• Subsale: Anda berurusan terus dengan pemilik. Kalau owner nak jual cepat, peluang runding harga lebih besar. Kadang-kadang boleh dapat bawah harga pasaran!
• Undercon: Harga ditetapkan oleh pemaju. Biasanya ada diskaun/rebat, tapi ruang untuk nego sangat terhad.



4. Kawasan & Komuniti Dah Wujud
• Subsale: Kawasan dah matang – sekolah, kedai, masjid, pasaraya, klinik, semua dah tersedia. Anda juga boleh nilai tahap keselamatan, suasana kejiranan, dan siapa jiran anda.
• Undercon: Kawasan mungkin masih dalam pembangunan. Kadang sunyi, belum ada komuniti, dan anda tak pasti bagaimana keadaan kawasan itu 5–10 tahun akan datang.



5. Kos Lebih Jelas & Terkawal
• Subsale: Kos seperti yuran guaman, duti setem, dan pindah milik lebih jelas dari awal. Kalau nak ubahsuai pun, anda boleh bajet ikut keadaan rumah.
• Undercon: Selain kos asas, bila rumah siap, mungkin kena tambah kos renovasi – contohnya pasang grill, kabinet, atau tambah wiring sebab rumah baru biasanya “kosong” tanpa aksesori.



6. Sejarah Rumah Boleh Disemak
• Subsale: Anda boleh semak rekod rumah – bil utiliti, cukai pintu, cukai tanah, malah status pinjaman bank pemilik asal. Ini beri gambaran tentang “kesihatan” rumah tu.
• Undercon: Rumah baru, jadi tiada rekod. Nampak bagus, tapi anda juga tak tahu apa masalah yang mungkin timbul selepas siap.



7. Kenaikan Nilai Dah Terbukti
• Subsale: Kalau rumah berada di kawasan matang, biasanya harga dah naik dari harga asal. Maksudnya, anda beli rumah dengan nilai yang lebih stabil dan terbukti ada permintaan.
• Undercon: Potensi kenaikan nilai ada, tapi bergantung pada pembangunan kawasan dan keadaan pasaran masa depan. Risiko lebih tinggi sebab belum pasti.



✅ Kesimp**annya:
• Rumah subsale lebih sesuai untuk pembeli yang nak rumah segera, mahu tengok keadaan sebenar sebelum beli, dan mahukan kawasan yang sudah matang.
• Rumah undercon p**a sesuai untuk yang sanggup tunggu lama, nak rumah baru terus dari pemaju, dan berani ambil risiko dengan potensi kenaikan nilai pada masa depan.



📌 Jadi sebelum buat keputusan, tanya diri anda:
👉 Nak rumah cepat, terus boleh duduk?
👉 Atau sanggup tunggu, ambil risiko demi rumah baru?

Kalau anda s**a Subsale, memang banyak kelebihan yang anda boleh dapat berbanding undercon. 😉

31/08/2026
26/08/2026

Dalam kerja-kerja ubah suai, setiap perincian kami ambil kira, termasuk celah-celah kecil yang mungkin kelihatan remeh. Namun, perhatian terhadap perincian inilah yang membezakan hasil biasa daripada kemasan yang rapi, berkualiti dan tahan lama.

Ada rancangan untuk ubah suai rumah atau premis anda?

📞 WhatsApp/Telefon: 012-328 0158
📍 D&C Construction | Ipoh & Simpang Pulai

Renovasi bijak = kurang pembaziran, lebih kepuasan 💯Elak belanja pada perkara yang tak perlu dan fokus pada fungsi, kese...
25/08/2026

Renovasi bijak = kurang pembaziran, lebih kepuasan 💯

Elak belanja pada perkara yang tak perlu dan fokus pada fungsi, keselesaan serta nilai jangka panjang rumah anda.

D&C Construction
📲 012-328 0158

Address

Manjoi
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D&C Construction Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D&C Construction Ipoh:

Shortcuts

Share