30/07/2026
GSPARX berbesar hati dapat menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan CSR TNB bagi Sistem Solar PV kepada Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Kangar, Perlis, yang telah berlangsung pada 23 Julai 2026.
Majlis telah disempurnakan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.
Turut hadir daripada Tenaga Nasional Berhad ialah Ir. Mohd Yusmanizam bin Mohd Yusof, Head (Operations), Distribution Network, Encik Abd Manan bin Abd Rahman, Head (Retail & Stakeholders), TNB Perlis, serta Encik Sansubari bin Che Mud, Pengarah Urusan GSPARX.
Semoga sumbangan oleh Tenaga Nasional Berhad ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos operasi masjid, malah menyokong aspirasi negara dalam memperluas penggunaan tenaga boleh baharu, seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.